Julai 2008


null

Makan Laksa Kedah teringat Kedah…

Pekan Rabu

Dengan meriahnya Pekan Rabu
atau masjid Zohet yang indah…
mungkin juga pada orang Kedah tersayang….
hehehehe

durian

Mungkin topik ini tak menarik. Tapi mengenangkan harum bau durian sudah menusuk-nusuk hidungku minggu lepas dan menyebabkan aku “gila” dengan buah yang banyak duri ini. Musim derian macam ni lah aku rasa begitu meriah waktu kecil-kecil dulu. Apatah lagi sebelah rumah aku dipenuhi dengan pokok derian. Maka ramai lah sanak saudara jauh dan dekat datang tunjuk muka. hehehe. Aku dulu harian bila ayah taman banyak pokok derian sebelah rumah, aku tanya “nak buat apa?’. Ayah kata “nak bagi hampa makan la. Ayah esok bukan sempat nak merasa” Alhamdulillah ayah sempat menjamah hasil air tangannya sebelum ke rahmatullah. 

Tahun ni pokok derian sebelah rumah merajuk sakan. Tak nak berbuah malah berbungga pun tidak. Kalau takat pokok derian aku saja tak apa. Ini tidak. Satu kampung pokok derian tak berbuah. Nampak sangat tahun ni derian buat mogok! nak pilihanraya yang BERSIH kot…tak pun protes kemenangan Pakatan Rakyat yang tak pandai buat kerja kot..hehehe. Apa pun setiap kali musim derian mesti lagu Mr. Os tak akan dilupakan..(teringat cerita senior pasal Mr Os di zaman sekolah dulu…huh dia senior aku dulu)

 

“Kenapa kau nak cerita benda macam tu kat semua orang?” tanya kawanku. Aku diam dan kemudian menhela nafas sesak ku. “Syeikh, bukan kau di tempat aku. Aku yang merasainya. Perjuangan bertahun-tahun. Penat lelah kemudian mengorbankan sebahagian dari masa remaja ku semata-mata untuk sebuah perjuangan yang ramai mengatakannya IKHLAS! Tapi baru ku tahu ada kepentingan rupanya. Betulnya memang hasrat hatiku sendiri tidak mahu bercerita hal ini. Ini hal lama. Soal hati atau perasaan bukan yang sepatutnya menjadi pertaruhan di sini.

Namun kalau mereka yang bermain dengan perasaan, menyebarkan kata-kata nista pada aku…mengugut untuk melempar aku jauh ke tepi seolah-olah aku tidak memberi apa-apa manfaat sebelum ini hanya kerana aku teguh berpegang dengan manhaj Nabi dan Sahabat? Aku rasa begitu manis perjuangan ini! Tidak walau seinchi untuk berudur. Aku menanti dengan penuh minat rentak silat pulut yang kau mahu pamerkan. Kali ini aku ingin berperang dengan kau di dalam padang! tidak di luar.  

Kala ini aku terkenangkan bagaimana perasaan Nabi ketika dihalau keluar dari Thaif. Bagaimana Nabi begitu tabah berdepan dengan kutukan dan nista dari mereka. Dan aku rasa terlampau kerdil diri berdepan dengan situasi ini. Betapalah aku sekadar hanya menerima sekelumit ujian sahaja sudah mahu berpatah arang. Itu menyebabkan aku sentiasa kagum bila membaca kitab al Rahehul Mahtum karangan Saiful rahman al Mubarakfuri ketika sampai bab menceritakan doa nabi ketika di halau keluar dari Thaif:

“Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. helahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan”.

Benarlah katamu wahai sahabat… Allah sedang berbicara dengan Mu tentang SABAR dan IKHLAS.  Saksikanlah bahawa seandainya ini jalan yang ditentukan oleh Mu, maka aku redha memilih nya supaya aku semakin dengan Mu….

Aku bukanlah antara orang yang gemar membaca dulu. Dulu lah. Lebih baik tengok TV kan lagi best. Tapi bila ke sekolah asrama aku mula jatuh cinta dengan perpustakaan yang besar. Sungguh dengan perpustakaan! bukan dengan pengawasnya! Aku mula belajar membaca. Malah ketika tingkatan 5 aku sering outing semata-mata untuk ke Popular membaca buku Dr Yusuf al Qardhawi. Aku habiskan membaca buku tersebut dalam masa sebulan. Aku tidak beli buku tu sebab harganya mahal. Bila tamat SPM aku bekerja dan dengan gaji pertama aku beli buku tersebut. Bila aku terjerumus dalam aktiviti dakwah, antara budaya yang berjaya Angkatan bina ialah budaya ilmunya yang amat segar bugar. Setiap minggu ada sahaja bacaan baru yang mesti di baca. kata Dr Asyraf Wajidi kita mesti beli buku, then minat membaca akan timbul. Aku dapat rasakan kekuatan tarbiyyah kesan langsung dari naqibku yang juga suka membaca buku. Opss panjang pula pasal hobi membaca. Buku yang ku baca ini bertajuk seperti di bawah ini:

 

Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam
Penulis: Kassim Ahmad
Penerbit: ZI Publications Sdn Bhd
Tahun: 2008
Halaman: 243
Harga: RM35.00

 

 

 

Sebuah buku yang membongkar selok belok kehidupan seorang insan penuh kotroversi satu masa dahulu, Kassim Ahmad. Beliau dengan tabah menceritakan pengalaman sejak kecil hingga besar dalam menempuh kehidupannya yang berliku. Buku ini sempat aku habiskan sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Penang. Pada yang meminati buku gerne biografi maka buku ini tidak harus anda lepaskan. Kassim Ahmad dalam buku ini tidak sekadar menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya malah mencabar minda pembaca dalam beberapa bab. Selain itu beliau  juga sibuk bercerita tentang pengalamannya menjadi seorang sosialis di UK sehinggalah beliau bertemu dengan “Islamnya”.

Kesimpulan akhir buku ini adalah Kassim Ahmad sekadar menemui sebatang jalan yang pada pandangannya Islam…namun agak dikesali tidak terdapat satu ayat pun yang menyatakan beliau bersalah bila mengarang buku “Hadis Satu Penilaian Semula”.

Aku capet dengan progam besar ini. Bukan sekadar itu sahaja, program besar ini bertindih dengan beberapa lagi program yang tidak kurang besarnya. Semuanya menyebabkan jadual hidup aku sedikit kelam kabut. Namun dalam kepenatan mengendalikan dua program sekali gus ini ada manisnya.

Program daurah menghimpunkan para pendokong tajdid. Segar dengan ilmu malah erat dengan ukhuwah. Mungkin hari pertama aku sendiri kurang serasi, dan seperti biasa aku akan cuba membuat semua “happy” dengan caraku.

Tak sia-sia berhempas pulas dengan abusyuib mengemudi program yang panjang ini. Tapi bila sudah berakhir aku dapat rasakan singkatnya pertemuan dengan anak muda yang bersemangat waja.

Penghargaan aku pada semua yang hadir, terima kasih kerana sanggup “dikuarantin” selama 24 hari di bumi mengkuang yang indah ini. Biarpun suasananya kampung tapi ia amat mendamaikan!

Pada Abusyuib terima kasih kerana berjaya bersusah bersama. Kepada peserta, pengharapan besar buat semua agar bergerak dan berkerja untuk dakwah tercinta. Aku bawakan kenangan untuk memadam rindu…

Aku ingin sepi dari memberikan komentar. Isu ini besar dan terlampau banyak fitnah. Ketika dalam peperangan Jamal, ada di antara sahabat Rasulullah yang mengambil sikap berlepas diri dari krisis tersebut kerana penuh dengan fitnah. Sepi!