Dari egm hinggalah mesyuarat khas, pas masih lagi retak. Biarpun ramai yang mengatakan Bahawa tok guru tidak mungkin sanggup berbuat demikian melainkan Ada tangan-tangan yang kotor dibelakangnya. Entahla. Saya tidak berani untuk komen. Mungkin pembaca boleh ke blog nik abduh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Persoalan yang timbul di benak pemikiran saya adalah ke mana hilangnya tarbiyah yang pas sering laungkan dahulu. Sudah kemana pas buang kitab maza yaq ni yang menjadi antara kitab asas rujukan pas. Kemana pula tok guru Hadi buang fiqh Harakah yang beliau sendiri karang? Atau perlu sahaja Kami ambil segala buku yang mengajar Kami tentang Adab dalam jamaah Dan buang ke dalam laut? Lantaran sikap meraka yang kini amat mengecewakan.
Baik tgna atau tghh, ke dua2nya adalah tokoh. Dan sebagai tokoh, mereka seharusnya lebih tahu di mana adab, di mana ruang muzakarah…atau mereka masih perlu diingatkan oleh Kami yang junior untuk membuka semula maza yaq ni untuk mengajarkan mereka tentang adab berjamaah? Jangan sampai golongan tariqat, Syiah bertepuk tangan melihat dua tokoh sunnah ini bercakaran sesama sendiri… Untuk pejuang sunnah kenapa pula mendiamkan diri? Kenapa tidak galak menasihatkan dua tokoh ini agar bersatu seperti anda galak menyuruh mereka bersatu dengan umno? Mereka berdua kan saudara se-Islam juga? Atau anda sedang membilang hari menunggu kehancuran jemmah yang membawa islah ini Dan bersorak bersama umno dengan habuan yang mengeyangkan?
Abuhasif Sedang berdoa agar di selamatkan pas dari pepecahan. Amin
Semalam tok guru nik aziz menyinga sekali lagi. Kali ini ngauman tok guru kedengaran ke seluruh alam buana. Soalnya kenapa tokguru perlu sehingga mencadangkan egm untuk menyingkirkan tuan guru hadi awang dan kumpulan yang pro unity goverment. Apakah tok guru benar2 ingin melihat pepecahan dalam pas seperti yang pernah di alami sebelum ini?
Pas perkukan reformasi. Itu betul. Namun tidak sampailah hingga perlu berpecah belah. Egm yg bakal diadakan seakan2 sekadar untuk mempersendakan tok guru hadi awang pula. Ini menunjukan pas sedang mengikut trend semasa. Ketika zaman dato Asri, pas mengalami pepecahan yang bukan kepalang. Dalam muktamar, dato Asri ditempelak oleh dewan pemuda ketika itu dengan teriakan marakbar Asri(pergi jahanam Asri) satu slogan yang ditiru Dari Iran yang sedang mengalami revolusi ketika itu.
Adakah Kali ini pemuda yang kelihatannya cenderung dengan tok guru hadi Akan sekali lagi berteriak sedemikian.
Mungkin sesuatu yang sakit jika cinta yang dilempar tidak berbalas. Tetapi kesakitan paling perit adalah apabila cinta yang sudah di sambut kemudian di dusta pula. Tidak kurang juga ada yang tidak bercinta tetapi buat-buat bercinta, itu lebih parah.
Cinta mungkin persoalan yang sangat general. Sesuatu yang sukar ditafsirkan maknanya. Teringat saya ketika di alam persekolahan, tahun itu filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) datang menggila di Malaysia. Habis sekoyan-koyan anak muda mengilai watak-watak Rangga, Cinta dan tidak kurang pula yang menghafal sajak dalam filem tersebut: termasuklah saya
Belari ke hutan kemudian nyayi ku
Belari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi, sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
Adalah antara bait-bait puisi dalam AADC yang masih saya ingat. Mungkin kerana saya lebih “art” dari teman-teman yang hanya tahu bergelumang dengan minyak hitam dan skru yang memeningkan! Saya pernah bertanya teman-teman (untuk berlaku jujur: mereka semua perempuan) What’s Up With Love? ramai yang datang berfasalfah itu dan ini. tetapi semuanya tidak menyakinkan. Saya sendiri tidak pasti apa maknanya cinta…Jauh sekali untuk mencuba-cuba untuk bercinta.
Lagu-lagu cinta penuh dan sarat dalam minda saya ketika remaja. Dari Sudirman hinggalah ke Ziana Zian yang terkenal dengan sekebun cintanya. Kemudian saya terpukau dengan pelbagai lagu karya M.Nasir yang amat memukau. Tema percintaan masih menjadi asas lagu-lagunya. Saya kagum dengan kerocong Untuk Ana, Tanya Sama Itu Hud Hud, dan paling memberi kesan Di Balik Cermin Mimpi,
DI BALIK CERMIN MIMPI
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi
Tetapi sampai kini persoalan cinta masih saya simpan dalam-dalam. Sehingga kini juga saya gagal memahami persoalan cinta dengan baik. Persoalan yang saya harap akan ditemui jawapan akhirnya. Ketika berjinak-jinak dengan dakwah saya tidak pula melupakan persoalan cinta. Dalam dakwah juga punya banyak versi cerita tentang cinta.
“Sungguhpun negeri Tanah Melayu ini negeri yang sentiasa bertambah-tambah ramai dan bertambah-tambah kaya daripada kemakmuran khazanah buminya, akan siapakah yang sentiasa beroleh keuntungan daripada kemakmuran itu? Di manakah bapa-bapa Melayu dan di manakah anak-anak Melayu? Pada sebutan yang zahir sebenarnyalah negeri ini negeri Melayu luarnya dan dalamnya kerana telah berkediaman bangsa Melayu itu padanya hampir-hampir 700 tahun. Akan tetapi pada masanya sekarang ini sebutan “Negeri Melayu” itu menepati hakikat maknyanya akan daerah-daerah kampong dan cerok-cerok negeri yang jauh dari pekan jua. Orang Melayu telah lari ke dalam hutan dan ke tengah-tengah negeri mendiami tiap-tiap lepan dan bukit bukau. Orang-orang dari luar telah datang menunggu dan meramaikan tepi-tepi lautnya dan Bandar-bandar perniagaan! Maka di tengah-tengah negeri yang jauh dari suara loceng itulah kamu akan berjumpa kebanyakan Melayu. Adapun lain daripada itu kamu akan dapati sama ada pada zahirnya atau pada hakikatnya negeri ini ialah negeri orang dari luar, pada pekerjaannya, pada perusahaaanya, pada pernigaannya dan pada pemerintahnya”
Ulasan Buku
Za’ba Dan Melayu
Dari sebuah disertasi Ph.D, buku ini diolah menjadi sebuah catatan kajian yang amat berharga untuk ditelaah oleh generasi seterusnya. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini hasil kajian Adnan Hj. Nawang. Buku ini sememangnya memuatkan kumpulan pemikiran Za’ba yang relistik, penuh kritikan dan paling penting ubat kepada masalah yang melanda bangsa Melayu.
Mungkin ramai yang mengenali sosok bernama Za’ba ini hanya sebagai seorang pendeta dalam bidang bahasa sahaja. Namun mungkin ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Za’ba sebenarnya adalah tenaga pengajar di MCKK dan pernah pula diperosok oleh Kolonial menjadi penterjemah dan pengarang buku teks untuk sekolah Melayu. Semua ini dilakukan oleh penjajah untuk memastikan Za’ba berhenti mengarang dan mengkritik mereka.
Buku ini mengandungi 7 bab iaitu :
1. Kehidupan awal
2. Za’ba dan Ajaran Reformis Islam Kaum Muda
3. Pendidikan: Konsep dan Perkembangan
4. Bahasa Melayu: Pembinaan dan Kemajuan
5. Ekonomi: Kemiskinan dna Pembelaan
6. Politik: Gagasan dan Perjuangan
7. Za’ba daalam Arus Perkembangan Pemikiran Kemajuan Melayu
Paling menarik dalam buku ini ialah bab ke tiga bekenaan pendidikan. Pada pandangan Za’ba kemuduran yang dialami umat Islam adalah disebabkan kelemahan dalam bidang pendidikan. Menurut Za’ba masyarakat Muslim sememangnya mempunyai hemah, sanggup berusaha dan tidak malas tetapi masalah terbesar adalah “dengan sebab kejahilan dan kekurangan pengetahuan kita”. Pada pandangan saya, masalah utama kini pula adalah kekurangan tindakan.
Za’ba juga mengkritik tindakan sesetengah umat Islam yang “memenjara” wanita dalam satu kandang yang sangat indah di luar. Beliau dengan tegas mengkritik sikap sesetengah umat Islam yang tidak membenarkan wanita untuk melanjutkan pelajaran. Ini seperti yang ditulis oleh beliau “ Perempuan-perempuan itu sangat patut, bahkan wajib juga diberi pelajaran sebagaimana laki-laki, kerana mereka itupun manusia juga dan sama-sama ada hak mendapat pelajaran dan pengetahuan seperti laki-laki”
Beliau seterusnya menyindir sikap British yang pada pandangannya “yang amat insaf” tentang pelbagai masalah yang dihadapi oleh Melayu. Menurut Za’ba, Tanah Melayu adalah amat kaya raya. Buktinya pemberian hadiah oleh raja-raja Melayu kepada “kerajaan Maha Besar” di England semasa Perang Dunia Pertama dan keduanya kerajaan kolonial British Tanah Melayu meminjamkan wang kepada kerajaan Siam untuk pembinaan jalan kereta api yang menghubungkan utara Tanah Melayu dengan ibu Negara Siam iaitu Bangkok. Jumlah sebenar kos tidak disebutkan oleh Za’ba namun beliau menyifatkan pekara tersebut dengan kata-kata “berpuluh-puluh million paun”. Oleh yang demikian tidak ada sebab kenapa pihak Kolonial perlu mengabaikan pendidikan Melayu.
Namun begitu Za’ba juga kecewa dengan sikap raja-raja dan orang kaya Melayu yang tidak pernah mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan Melayu. Tetapi jauh di sudut hatinya Za’ba tetap menaruh harapan yang masanya akan tiba di mana pendidikan Melayu terbela juga apabila kedudukan sosial dan ekonomi masyarakat Melayu mencapai satu tahap di mana mereka akan bekerjasama untuk mengatur dan membiyai pendidikan hingga ke peringkat univerisiti. Beliau juga menekankan akan peri pentingnya untuk wujudnya sebuah univeristi Islam. Padangan itu beliau lontarkan pada 1930-an.
Aspek kemunduran Melayu pula disentuh secara halus dan sangat tajam. Menurut Za’ba :
“Orang-orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah kaun yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifat yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannyaa dan ialah juga sebenar-benar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pula pada wang ringgit dan harta benda, miskin hemah dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia-jadilah mereka tak dapat tiada bersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa-bangsa”
Menurut Za’ba lagi orang Melayu mestilah “Bekerja sama-sama..jika mereka berhajat hendak mengangkat diri mereka ke tempat yang tinggi daripada kerendahannya dan kenyataanya (kebangsatannya) yang menyelubungi mereka sekarang ini”
Dibelakang buku ini pula terdapat sebuah syair hasil tulisan Za’ba yang sangat menarik untuk direnung oleh semua: