Disember 2007


564455745_6284f73dbf1.jpg

Saat ini kita ditimpa malang..

Kenapa harus ada remaja belasan tahun menjadi sebegini biadap sehingga sanggup melakukan aksi yang bukan kepalang? Adakah sistem pendidikan kita yang sedang rapuh atau pelajar kita sendiri yang sudah “mati” jiwanya? Benarlah seperti yang didakwa oleh Syed Naguib al-Attas kita sedang mengalami kehilangan adab (the loss of adab)!

Jika ini berterusan apa yang akan terjadi dengan generasi selepas ini? Justeru ke mana haluan pendidikan di Malaysia?

Bersambung…

Advertisement

dsc00094.jpg

Aneh?

Aku pun Pelik…tapi yang pasti bunyinya mengancam jiwa….

Dia guruku…

seorang tokoh muda yang aku sanjungi ilmunya.

kalaupun sudah punya MA dan bergelar ustaz dia tidak mahu menjadi mujtahid Agung…

Ha…..Ha……Ha…….

dsc00052.jpg

dsc00045.jpg

Entah kenapa sudah lama Pak Long tidak mengunjungi kami…

mungkin sibuk dengan tugasan memotong besi..

dsc00108.jpg

Hari ini rinduku pun sudah hilang..kerana sekian lama tidak mendengar celoteh dan nasihat dari Boss merangkap guruku, hari ini dia di hadapan mataku. Oh gembiranya hatiku…Ahlan wa Sahlan Ustaz Mohammad Abdul Kadir oppss Ustaz HAJI Mohammad Abd. Kadir!

hj-rahim.jpg 

Buat pertama kali saya bertemu dengan Almarhun Hj Abdul Rahim Zakariah (ARZ) ialah ketika saya masih di bangku sekolah. Pertemuan saya dengan almarhum ketika di bulan Ramadhan tahun 2003 itu telah menimbulkan bibit-bibit kemesraan yang berpanjang hinggalah almarhum kembali di jemput Allah. Saya dan teman-teman begitu terkesan dengan cara almarhum mendekati kami mengajak untuk turut serta bergelumang dengan dakwah selepas tamat SPM. Sambil bercerita tentang pengalaman beliau ketika bersekolah di Sek. Men. Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (dahulu dikenali sebagai Technical Institute) yang juga sekolah saya, almarhum dengan lembut menasihati kami supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang sedang kami hadapi ketika itu sambil menghulurkan sekeping name card yang masih saya simpan hingga ke hari ini.

Pertemuan kedua saya dengan almarhum ialah ketika di Bengkel Perancangan Strategik ABIM Pulau Pinang di Masjid Seberang Jaya. Almarhum yang cukup dikenali sebagai “gila” dengan motosikal berkuasa besar datang agak lewat pada hari tersebut. Wajahnya menggambarkan keuzuran yang ditanggungnya. Tanpa berlengah almarhum terus mengikuti bengkel tersebut walaupun sebenarnya keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Tambahan pula almarhum datang dengan motosikal kesayangannya pada malam tersebut. Saya sempat bertanya khabar dan berseloroh dengan almarhum pada malam tersebut. Kata almarhum beliau mengalami sakit penat. Kemudian saya berkata kenapa naik motosikal walaupun sudah sedia maklum angin malam tidak baik untuk kesihatannya. Almarhum dengan selamba menjawab:

 “kalau naik moto baru zaujah peluk kuat-kuat”

Almarhum bertemu sekali lagi dengan penulis ialah sewaktu pelancaran WADAH peringkat Negeri Pulau Pinang. Sambil mengicah biskut kering dengan teh panas yang disediakan, almarhum meluahkan perasaan agak kecewa kerana permohonan adiknya untuk memdapatkan bantuan ABIM bagi membolehkan program Anakku Sayang Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar (SMKTK) tidak dapat dipenuhi oleh ABIM. Saya ketika itu dihantui dengan perasaan serba salah dan agak bingung untuk memberikan respons terhadap luahan hati tersebut tambahan pula adik almarhum adalah guru dan mentor saya ketika menutut di SMKTK sebelum ke sekolah teknik. Namun, beliau yang memahami perasaan saya dengan cepat mengubah tropik perbualan kepada makanan pula. Ternyata Almarhum bukan sahaja pandai bergurau malah cukup pantas mengenali riak wajah orang lain.

Kali terakhir saya bertemu dengan almarhum ialah pada Muktamar Sanawi ABIM Pusat di Johor Bahru dengan wajah cerianya, tidak menampakkan apa-apa isyarat.. Almarhum pada muktamar tersebut begitu giat memberikan pandangan dan pendapat sama ada di dalam seminar mahupun dalam sidang muktamar. Kata almarhum ini adalah muktamar terakhirnya kerana tahun hadapan akan berlaku transisi dan beliau tidak lagi di dalam ABIM kerana usianya yang sudah melewati 40-an. Justeru, almarhum banyak bercakap dan memberikan pandangnya pada hari tersebut. Masih segar dalam ingatan saya apabila almarhum memberi respons balas terhadap salah seorang peserta wanita yang meminta supaya orang-orang ABIM tidak menbuka banyak cawangan (maksudnya kawin lebih dari satu). Dengan gaya cakapnya yang keluar sepatah demi sepatah beliau menjawab:

“Kalau tak buka banyak cawangan macam mana dakwah ABIM nak berkembang?”       

Terkejut dan tergamam saya apabila mendapat berita tentang permergian almarhum ke rahmatullah pada keesokkan pagi selepas semua bergegas pulang setelah tamat muktamar.Bagaikan tidak percaya kerana tidak sampai 24 jam saya berbual dengan almarhum, banyak pekara yang dibincangkan, tentang pelajaran saya, kewangan saya, dan paling penting kesihatan yang sering ditekankan oleh almarhum. Masih tertinggal sisa baki buah Jambu yang dibeli oleh almarhum kepada saya ketika kami sama-sama berhenti menikmati makan malam di R&R..  Saya menjamah sedikit demi sedikit baki buah Jambu tersebut  sambil mengenangkan antara ayat terakhir almarhum ketika mewakili ABIM Pulau Pinang untuk sesi ucapan penghargaan perwakilan…

“Masa saya sudah tiba…”

Demikianlah ayat terakhir yang diungkapkan oleh almarhum dalam ucapan penghargaannya kepada perwakilan.

Bagi semua yang mengenali Almarhum pasti akan teringat lawak jenaka yang begitu bersahaja, serban yang lazimnya berwarna hijau tanda cintanya pada perjuangan Islam yang didokongnya semenjak berusia 18 tahun, segak dengan kemeja tuck in dan name tack  yang tersemat kukuh di dadanya-ABDUL RAHIM. Janggut yang dijaga rapi. Semunya ini membutkan ramai orang berasa selesa dengan almarhum. Payah untuk mencari insan yang sanggup untuk berkorban pada jamaah seperti beliau. Hingga ke akhir hayat beliau tetap setia dengan perjuangannya. Kata seorang teman seusrah dengan beliau di Seberang Perai Utara, almarhum tidak pernah lupa membawa bekal air ais untuk dinikmati bersama-sama selepas habis usrah, walaupun almarhum tidak boleh meminum ais kerana sakit penatnya. Menurut jirannya, mereka pasti rindu dengan laungan azannya pada setiap pagi subuh. Malah penceramah terkenal Ustaz Hj Shamsuri Ahmad turut bercerita di dalam kuliahnya perihal sahabat beliau ini di Taman Kerian, Parit Buntar dengan nada yang sebak.

Saat ini aku terkenang ayahanda tercinta. Entah kenapa kenangan itu datang dan mengigit jiwa. Esok Hari Raya Aidil adha 1428 H, aku tak tahu kenapa aku harus merasai kepedihan ini. Memori silam dengan seribu kenangan bersama ayah benar-benar kali ini mengusik jiwa. Kehilangan ayah membuatkan aku lebih tabah dalam air mata. Aku masih ingat kala ayah dengan garang memarahi aku dan acik yang nakal. Saat gembira ayah membawa aku ke kelas fardhu ain di masjid, saat ayah membawa kami menaiki sampan yang digunakan mencari rezeki untuk kami sekeluarga, sememangnya ayah adalah idola pujaan aku.

Masih segar dalam ingatan aku kala ayah menyuruh aku mencari durian di sebelah rumah, kala aku dan ayah sibuk menanam pokok, semuanya masih segar dalam ingatan ku ini.

Dan sesungguhnya masih, masih segar bagaimana kali akhir aku mengucup tangan ayah memohon restu untuk aku pulang ke asrama. Entah kenapa kali itu aku lihat air mata ayah bergenangan, suaranya sebak, aku rasakan ayah tentu akan rindu pada aku bila ku pulang ke asarama nanti. Tapi telahan aku silap, itulah kali akhir aku mengucup tangan ayah memohon restu, saat itulah kali akhir aku lihat wajah sayu ayah, rupa-rupanya ayah mahu meninggalkan kami sekeluarga.

Aku cuba tabahkan hati kala ini, aku dapat rasakan kepedihan hati ini, rindu yang terlampau dalam, rindu yang tersangat menyiksa. Apalah upaya aku untuk itu semua, sekadar menerima dengan redha semata-mata. Doaku tak putus untuk ayah tercinta, semoga jiwa kental ayah mengharung cabaran dan dugaan kehidupan ada bersama denganku, amin.  

Mungkin ada yang teringin berkongsi perasaan?

Oh malang nasib bangsaku

Seandainya kau bangkit wahai Aminuddin Baki

Aku pasti sedihmu tak terkira

Mengenang keruntuhan perjuangan yang kau  bina

Atas usaha yang tak sudah-sudah

Segalanya tidak keruan kini

Saat ini menjelma

Mat rempit di jalan raya

Dengan aksi yang gila

Dibonceng minah rempit yang mengodek

Saat ini kita ditimpa bencana

Hiburan yang menggila

Atas nama “realiti”

Berbondong-bondong

Anak bangsaku

Terpekik terlolong

Hilang malu dan segan

Saat ini kita ditimpa penyakit

Yang parah dan membarah

Pelajar sekolah dirogol rakan sekelas

Tak kurang yang hanyut dengan ganja dan gam

Rokok usaha dikira

Anak luar nikah dicampak merata

Gejala songsang yang sudah diterima

Oh inikah dia petanda petaka bangsa!

Oh Aminuddin Baki

Sudah beribu seminar

Bergudang resolusi

Semua rupa-rupanya hanya mimpi…

Perlukah kau bangkit kali kedua

Adakah lagi harapan itu?

Setelah semuanya hanya mimpi kosong…

Buat teman-teman yang melangsungkan perkahwinan…aku nak wish semua semoga bahagia dan kekal hingga anak cucu…

Teman-teman yang sudah mendirikan rumahtangga..aisey aku bila la plak..

Hazwani&Rizal (teman persekolahan di TARPutra)

Mat Kie dgn teman hidupnya

Kak Hanna & dengan pasangannya

Azham & teman hidupnya.

aku bawakan lagu ini untuk kalian…

P/S: pasangan yang tak tertulis nama tu jangan terasa plak. aku tak tau nama le tu..segan nak tanya nanti jelous plak pasangan ampa…hehehehe

Laman Berikutnya »