Oktober 2008


Ketika pertama kali saya menatap buku ini adalah ketika sedang berbasa-basi dengan Dr. Juanda Jaya (Bekas Timbalan Mufti Sarawak). Beliau yang bersungguh-sungguh menyuruh saya membaca buku ini. Buka sahaja helaian pertama, sudah cukup mengujakan.Alhamdulillah saya berkesempatan memiliki buku ini setelah dikirim oleh teman saya di Indonesia sebagai hadiah. Terima Kasih Yayan, tak terbalas rasanya jasa anta.

Ukuran: 12.5 x 19 cm
Harga: Rp. 49.900
Halaman: 408 halaman
ISBN: 979-1238-81-6
Terbit: Mei 2008

Buku ini mengisahkan mengenai Ibnu Saud yang memerintah Arab Saudi. Kepada yang kerjanya “label-melabel” elok juga menelusuri sejarah hidup Ibnu Saud melalui buku ini. Benarlah seperti apa yang diukirkan di kulit buku ini sebagai “bersumber dari tangan pertama” ini cukup mengejutkan. Terdapat pelbagai pendedahan yang tidak pernah saya dengar ataupun baca melainkan buku ini menceritakan semuanya mengenai Ibnu Saud.

Kisah pengkhianatan yang dialami Ibnu Saud dan kekejaman beliau menyebabkan saya beberapa kali berhenti membaca untuk mengulang semula ayat tersebut.

Kesimpulan: Anda Harus Membacanya!

Advertisement

Kenalan ku seorang “pencuri” , berkomentar tentang film Sang Murabbi yang diterbitkan oleh Majlis Budaya Rakyat (MBR) Indonesia. Sebahagian besar pendokong MBR adalah aktivis yang bergiat di lapangan dakwah. Dari perbualan aku dan mereka (anggota MBR) , aku dapati mereka  adalah insan yang baik. Sikap yang ditonjolkan dari perbualan mencerminkan akhlak yang mulia. Pada aku mereka bukan pembuat film yang murahan! Mereka telah belajar erti besar dakwah. Malahan aku tabik hormat pada MBR kerana berani melaksanakan dakwah di lapangan film, lebih baik dari mereka yang hanya cakap berdegar-degar.

Justeru aku hairan bila ada pencuri yang tidak semena-mena menjadi pengkiritik film yang hebat, mencanang itu dan ini. Lebih membosankan ada juga pengikut pencuri itu bicara tak kalah seorang pengkritik film juga. aduh!

Hingga saat ini tidak ada satu pun karya sebaik itu di Malaysia. Film dakwah yang cuba memberikan satu motivasi baru kepada sesiapa yang mengaku dai’e. Mungkin pencuri dan pengikut-pengikutnya perlu belajar dari ungkapan bernas Ustaz Rahmat Abdullah:

Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-gemintang

Berkilau di pandang orang

Di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina

 

(Ust Rahmat Abdullah)

Ketika mendapat sms dari teman yang menyatakan kesukaran dan tekanan yang dihadapi dalam meneruskan misi profetis (misi kenabiyan), saya tersenyum puas. Saya sedar pekara tersebut akan mereka hadapi. Moga Allah teguhkan antum semua di sana dengan iringan doa tak putus-putus dari ana di sini.

 

Hakikat sebagai pejuang, adalah cabaran, rintangan, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itu hakikat sebagai pejuang. Sesiapa yang ingin berada di dalam barisan atau bulatan ini, perlu terlebih dahulu menyedari akan tentangan yang bakal mereka hadapi. Kesedaran tersebut bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai satu peringatan bahawa jalan ini telah disirami darah para syuhada!

(selanjutnya…)

Adalah amat memilukan apabila saya mendengar khabar bahawa negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya akan menganugerahkan pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, pelakon Bollywood yang amat “berjasa” itu.

Saya pasti kerajaan negeri Melaka perlu memberikan satu penjelasan yang konkrit kepada seluruh warga Malaysia di atas penganugerahan tersebut. Sudah tidak ada lagikah pemimpin tempatan atau ulama dan aktivis masyarakat untuk dianugerahkan pingat yang dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia? Apa pula sumbangan besar Shah Rukh Khan sehingga layak digelar “Dato”, satu panggil yang terhormat dalam budaya dan adat Melayu yang sentiasa menjunjung tinggi sopan santun. Atau kini panel penganugerahan pingat dan bintang-bintang kebesaran negeri sudah berubah trend. Selepas ini habislah semua pelakon Bollywood yang sering kali berpakaian separuh bogel dianugerahkan pingat kebesaran. Maka berdato dan berdatinlah Salman Khan, Amer Khan, Kajol dan ramai lagi pelakon Bollywood selepas ini.

Mungkin sudah tiba masanya pengaugerahan pingat kebesaran ini berdasarkan sistem merit sebagaimana yang diaplikasikan negeri Pulau Pinang. Pemberian pingat kepada pemimpin politik juga perlu dihadkan. Hairan, di saat rakyat Malaysia gembira dengan penganugerahan pingat Dato kepada Ustaz Shamsuri Ahmad seorang tokoh agama yang amat dihormati, kini rakyat Malaysia menerima lagi seorang Dato yang juga berjasa kerana membuatkan anak gadis menangis teresak-esak dek lakonan yang menggelikan.


Mungkin agak pelik bila kita mendengar cerita ceriti tentang para pejuang keadilan untuk semua berdegar-degar pidatonya berjuang untuk memberikan keadilan untuk rakyat, memerangi kemiskinan tapi dalam diam dia pula yang menyapu beras yang sepatutnya untuk diagihkan kepada orang miskin! Ibarat kata Rendra lewat puisinya “TAIK KERBAU APA INI?”

Aku masih belum berganjak untuk menyatakan bahawa jawapan untuk melahirkan Malaysia Baru yang lebih  baik terletak pada persiapan untuk membina generasi muda yang berkualiti. Kualiti di sini merangkumi pelbagai demensi sama ada intelektual, rohani, jasmani dan emosi. Anak muda seharusnya dipersiapkan dengan kemahiran yang ampuh untuk berpencak di realiti. Impian inilah yang telah diungkapkan oleh Dr Yusof al Qardhawi sebagai “al-jilu-r-Rabbaniyun ‘I-Multazim” –  generasi rabbani yang komited, generasi baru yang menghayati ciri-ciri keunggulan seperti yang tersenarai dalam  ayat al-Quran berikut:

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. Surah al-Ma’idah : 54.

Anak muda adalah gambaran negara di masa hadapan. Mahu tidak mahu mereka seharusnya kini dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk memperkasakan diri mereka. Namun aku ingin bertanya di mana tempatnya mereka boleh mendapat kedua-dua pekara ini? Ada organisasi yang hanya diwujudkan untuk memberi teori tapi jauh pula dari realiti . Ada organisasi yang hanya pandai berpolitik. Anak muda yang lahir dari lubuk itu gagal diwacanakan minda mereka untuk mendepani cabaran zaman. Ada organisasi yang “tempang”, mereka hanya berjaya menwujudkan generasi muda yang dekat dengan ilmu tapi jauh dari akhlak. Lahir dari sini pemikran yang ekstrem. Mana-mana organisasi yang tidak cocok pemikiran dengan mereka terus dilabel dengan pelbagai label: Sesat, liberal, aqidah tidak selamat, dan pelbagai lagi label yang menjelekkan. Hasilnya wujud apa yang telah disebut oleh Syeikh Muhammad al Ghazali sebagai “umqu t-tajribah wa husnu l-fiqh”-generasi yang kekurangan pengalaman dan kedangkalan ilmu.

Generasi muda seharusnya dicabar mindanya untuk berfikir. Mereka tidak seharusnya sekadar menerima dan menerima pelbagai idea tanpa sebarang analisa yang kritis. Mereka seharusnya berani membuat sesuatu yang baru, tidak takut berdepan dengan kesalahan sendiri kerana itu adalah pelajaran paling berharga. Namun ada juga orang tua yang gagal memahami hasrat anak muda itu, mereka menerima kesalahan anak muda sebagai satu bentuk kesilapan yang tidak seharusnya berlaku. Sedangkan anak muda masih melalui “learning proces”. Natijahnya anak muda akan cepat merajuk dan hilang dari arus perdana. Mereka yang mempunyai kualiti gagal digarap kualitinya lantaran sikap orang tua yang bukan DAI’E tapi QADHI!

Di sinilah kerelevenannya untuk kita kembali kepada petunjuk generasi terbaik: Salafus Soleh. Dalam konteks ini generasi muda harusnya dilengkapi dengan ilmu dakwah, Tarbiyyah, Islah dan Jihad. Keunggulan zaman sahabah yang menjadi teras cita-cita para pendakwah semestinya dikagumi. Kekaguman bukan beerti melihat sejarah semata-mata tapi lebih kepada meneladani sifat dan ciri-ciri unggul itu.

Selamat Berjaya kepada teman sepejabatku Ustaz Abdul Kadir yang dengan rasminya menamatkan kerjaya di IQ. Semoga kejayaan akan mengiringi sepanjang menempuh perjuangan sebagai “PELAJAR”. Hanya kepada Allah sahajalah saya berdoa.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat serta ilmu yang dicurahkan selama ini. Pohon maaf juga atas kesalahan dan kesilapan.

P/S: Rindu pada telatah Hakim..