Disember 2008


Kesibukan tugas di pejabat membawa hingga ke rumah menyebabkan blog ini tidak di update dalam jangka masa yang agak panjang.

wu_030Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang tokoh yang sangat besar jasanya iaitu Ustaz Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor atas pengiktirafan khusus beliau sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1430 H peringkat negeri Pulau Pinang. Sememangnya beliau layak menerima pengiktirafan sedemikian atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terkira.

Sebagai seorang pendakwah beliau sentiasa menunjukan ciri-ciri yang sederhana, kalau bicara beliau sentiasa memuji orang lain tanpa merendah-rendahkan orang lain sekalipun beliau bukan calang-calang insan. Sikap inilah yang seharusnya dicontohi oleh semua yang mengaku sebagai pendakwah. Apalah ertinya Ph.D, M.A bergudang-gudang tapi jauh dari akhlak seorang muslim. 

Saya sempat membantu beliau mengangkat barang ke kereta beliau selepas selesai majlis ma’al hijrah. Ketika itu beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau amat sedih ketika bangun subuh pagi tersebut kerana mengenangkan ramai lagi tokoh lain yang sewajarnya mendapat anugerah itu.

Saya sentiasa mendokan semoga Allah memberikan kekuatan kepada al fadhil Ustaz untuk terus berbakti kepad agama ini. amin.

Advertisements

Aku akan ke dunia baru..yang aku sendiri tidak pernah mengimpikannya, jauh sekali bercita-cita, namun putaran roda kehidupan kadang kala memusingkan kita ke tempat yang tidak pernah kita mimpikan.

Kepada sahabat-sahabatku, aku masih seperti dahulu! Anak kampung dari ulu!

komtar6

Setinggi harapan rakyat!

Lepaskanlah dengan cara yang baik, usah ugut mengugut..tonjolkanlah sikap sebagai pendakwah Sunnah, jangan sampai orang lihat akhlak mu lebih buruk dari ahli bidaah sudahh laa..kata ikut nabi!

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Mengkuang. Oleh itu, mungkin blog ini tidak dapat di”update” dalam jangka masa panjang.

Mencurahkan bakti di bumi mengkuang selama hampir dua tahun ini membuahkan perasaan yang bercampur baur. Mengenali wajah2 manusia yang pelbagai yang pada mulanya amat aku hormati. Berkenalan dengan insan terpuji di mata orang lain memberikan aku interpetasi yang berbeza. Kita adalah manusia yang berakhlak!

Mengkuang mencurahkan aku makna sebenar DAIE. Aku tidak pernah membayangkan bahawa aku dapat melihat wajah-wajah herot pendakwah yang sering kali aku dengar bagaimana sikap buruk mereka..tapi di Mengkuang aku melihatnya dengan REAL.

Melalui hari akhir ini memperlihatkan sikap sebenar “ORANG SUNNAH”…

Ustaz Hisyam  terima kasih atas layanan akhir itu. ana begitu menghargainya!

P/S: ana menulis kerana ustaz membaca blog ana!

khir-toyoMembaca perjalanan politik seseorang ahli politik sebenarnya memberikan kita ruang yang adil untuk menilai seseorang. Soal benar atau tidak ungkapan yang dicoretkan dalam buku itu, itu soal lain.

Ketika penulis membaca buku ini, teman aku bertanya “buat apa la baca buku MB yang dah kalah tu?” Aku akur bahawa buku ini lewat di baca. Buku yang dicetak kali kedua ini sebenarnya perlu di baca ketika tahun 2004 kerana mood saat itu lebih kena

Menariknya buku ini, tidak sekadar menceritakan ruang pemikiran yang dipunyai oleh seorang pemimpin muda dalam UMNO, tapi yang lebih menarik Dr Khir tidak malu-malu untuk mengaku bahawa beliau sebenarnya anak kampung yang miskin. Kemiskinan yang dicoretkan oleh beliau tidak sekadar bernafas sengsara tetapi timbul dalam keadaan REAL. Mungkin benar Dr Khir jujur dalam menceritakan kemiskinan ketika zaman remajanya.

Paling menyayat hati, Dr Khir bercerita ketika beliau ke pendaftaran masuk ke UM. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya pergi berbekalkan beberapa helai baju yang diisi dalam beg plastik manakala rakan-rakan yang lainya mempunyai beg pakaian. Beliau juga memakai kasut sekolah kain yang sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna putih. Ini adalah bukti kepada kesusahan yang dialami oleh beliau.

Mungkin juga kerana kesempitan hidup dibalut dengan kemiskinan membuatkan beliau lebih tabah mengharungi kehidupan..Harapnya beliau dapat lebih tabah menghadapi gelombang politik yang memaksa turun dari jawatan Menteri Besar ke Ketua Pembangkang…

Anda tidak harus melepaskan peluang membacanya!

Bersiar-siar di alam maya menemukan aku sesuatu yang menarik. Berdepan dengan ujian getir ditambah dengan kekusutan yang lebih menyemakan fikiranku…aku bertemu sesuatu yang penuh dengan makna. Mungkin ada baiknya kalau aku dapat berkongsi dengan semua insan yang aku yakin, aku tidak bersendirian berdepan dengan kegetiran ini.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan”(Al-Bukhari dan Muslim)

Kepada Allah sahajalah aku mengadu akan hal ini…..

Terima kasih Arip Aripin kerana sudi menjadi pendengar yang baik.

jalan

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang panjang……tidak semestinya bila kita jatuh, ia akan bernoktah di situ kan?