Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit “atas sebab-sebab keselamatan mereka”.

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.
(selanjutnya…)

Advertisements

Aku mendengar kisah Ezam Md Noor akan menyertai UMNO. Desas desus kuat datang menderu ke telinga, di kedai kopi sudah mula berdegar-degar penganalisa politik tanpa kelulusan beranalisa. ada yang berkata begini, ada yang kata begitu. Ada yang mengatakan krisis ini bermula sejak dulu apabila hubungan Azmin dan Ezam mulai renggang. Persaingan mendapat tempat di hati boss berantakan. Tahu-tahu Ezam rasa kesal dan meningalkan PKR, parti yang diasasnya bersama teman-teman yang lain. Malah bukan Ezam seorang yang meninggalkan PKR, sebelum itu Anuar Tahir yang pernah mejawat jawatan Setiausaha Agung pun turut lompat ke PAS dan diikuti dengan Saifuddin Nasution.

(selanjutnya…)

fairus21.jpg

Kredit kepada amat-amati atas gambar tersebut. terima kasih.

Ucapan tahniah dan doa semoga Allah memberikan kemudahan dalam segala urusan. amin
“Semoga dapatlah enta bantu Islam di Pulau Pinang hendaknya, selagi enta tidak lari dari al-Quran dan Sunnah selagi itulah ana bersama enta ya syeikh”

P/S: Ustaz Zain, dia orang angkatan!