Julai 2009


Laskar_pelangi_sampulPenghargaan besar ditujukan kepada Ust Zain kerana menghadiahkan novel Laskar Pelangi dan Cdnya sekali. Ikatan ukhuwah bukanlah sekadar di bibir tetapi menjadikannya realiti. Betapa banyak manusia mengaku bersaudara tapi sentiasa pula menikam belakang kawanya sendiri. Tidak kira apa jua latar belakang manusia, sifat ini sentiasa melatari mereka. Mohon pada Allah dijauhkan segala yang mazmumah.

Lasykar Pelangi merupakan karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:

  1. Ikal
  2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
  3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
  4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
  5. A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
  6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
  7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
  8. Borek aka Samson
  9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
  10. Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP. Mereka mengelarkan diri merak sebagai Laskar Pelangi.  Kemudian mereka menerima seorang lagi pelajar perempuan bernama Flo yang selalau terkasima dengan kisah Pulau Lanun yang punya banyak harta.

Kisah ini mengangkat tema besar, bahawa pendidikan merupakan pekara paling asas dalam pembentukan sebuah negara. Satu hal yang perlu ditekankan juga, filem dan novel ini memberikan satu bukti betapa Muhamadiyah Indonesia berperanan besar membina masyarakat sehingga di cerok rantau.

Lazimnya ahli politik gemar menabur janji yang semenangnya tidak akan mereka tunaikan. Lazimnya juga sesiapa yang ingin benar-benar bekerja untuk rakyat adalah dari kalangan NGO. Justeru usahlah percaya sangat kepada janji manis ahli politik! Berbeza dengan pihak yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Namun ternyata banyak khidmata mereka masih dalam bentuk yang terbatas. Sumbangan dan bantuan mereka sekadar yang termampu, manakala para teknokrat kita masih bising di atas sana menyatakan bahawa bangsa kita ini bangsa yang malas!

Ahhh..apa yang aku melalut nii. Untuk semua sebenar-benarnya aku cadangkan untuk anda menonton dan membaca sekali buku LASKAR PELANGI!

Advertisement

Mari kita lihat dua dasar ini….

One Malaysia OR One Australia ?????