Ulasan situasi politik di Perak

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata. Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Apakah jawapan kepada semua masalah ini?

Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!

Advertisement

Politik! Mungkin ramai yang akan mencebik bibir mendengar istilah ini. Politik seolah-olah penuh dengan penipuan, tikam menikam, dengan kata lain politik adalah lambang kekotoran yang membusukkan!

 

Saya tidak pandai memberi pandangan politik kerana saya bukan orang politik. Saya juga kurang mengerti hal ehwal sepak terajang politik. Namun timbul juga pertanyaan -perlukah kita begitu perjudis dengan politik sedemikian rupa? Kenapa perlu orang dakwah bersikap apologetic dengan politik? Ironinya sebahagian pihak yang cukup kental membenci politik akhirnya bersikap lebih kurang ahli politik juga…atau lebih buruk dari itu!

 

Hakikat yang pahit tapi perlu ditelan oleh sekelian rakyat Malaysia adalah politik Malaysia belum cukup matang. Kematangan politik belum pun tumbuh tunasnya lagi! Justeru bagaimana orang dakwah akan menanggapi perjuangan politik yang sesukar ini? Menjadi satu kenyataan di hadapan mata setiap insan yang waras, apabila gerakan dakwah terjun bergelumang dalam politik, mereka meraih kemenangan dan kemudian mereka akan dinafikan kemenangan dengan cara yang juga kotor. Sebahagian besarnya dengan rampasan kuasa tentera atas alasan keselamatan. Demikianlah orang dakwah dirai kemenangan dalam pilihanraya!

 

Berbalik pada tajuk, apa yang boleh diharap dengan politik? Tidak adakah walau secebis pengharapan agar politik kita semakin mulia dan diwarnai dengan warna KEBERSIHAN politik? Saya yakin ramai yang begitu mengharap agar politik ini dibersihkan dari sampah kebuasan.

 dscn0703

Saya yakin dan percaya sungguh-sungguh bahawa setiap insan yang bergelar daie tidak boleh terlepas dari melihat politik sebagai satu wasilah untuk mencapai tujuan yang tertinggi agar Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Apalah yang boleh kita lakukan bila melihat ‘rumput kemiskinan” yang semakin menjalar dalam masyarakat Islam khususnya? Setelah berdoa habis-habisan apakah kita akan mampu berbuat sesuatu sedangkan kita sendiri tidak punya apa-apa melainkan sekadar harapan sahaja. Bagaimana kita ingin melihat anak bangsa kita yang di pendalaman berjaya disekolahkan sedangkan jeritan kita tidak kedengaran melainkan kita turun bergelumang untuk membela mereka! Tiada cara lain melainkan kita harus juga menanggapi politik dengan rasional. Tidak melihat sebagai lubuk kekotoran semata-mata tetapi kitalah yang turun ke bawah membersihkannya dengan akhlak yang kita punya!

 

MALAYSIA BARU YANG BERSIH BUKAN HANYA MIMPI!

 

Sanggupkah anda melihat saudara anda kesaorangan?