September 2007


Ramadhan datang lagi. kali ini mengetuk jiwaku..ya kerna kali ini aku menyambutnya dalam suasana baru. semoga suasana baru hidupku ini akan memberi sedikit ruang untukku bermunajat kepada Maha Esa. Aku harap benar kali ini aku akan bertemu dengan Lailatul Qadar.

“Kamu carilah dia(Lailatul Qadar) di sepuluh malam terakhir. Seandainya salah seorang kamu merasa lemah atau penatpun, janganlah meninggalkan tujuh malam penghujungnya” (Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim)dipetik dari Risalah Malam Al Qadar Melebihi Kebaikan Seribu Bulan-AQHAS

Secangkir Kopi Buat Za’ba

 Ku bancuh kopi ini

Dengan rasa dan jiwa

Sebagai anak bangsa

Untuk mu wahai pendeta

Sekalipun aku tak tahu

 Apakah kau suka pada kopiku ini  

Secangkir kopi buat Za’ba

Untuk kau hirup pahitnya terasa

Betapa bahasa ibuda

Hilang dayanya

Sekalipun Negara merdeka 50 tahun lamanya!  

Pelita Bahasa yang kau karang dulu

Masih elok di muzium dan pustaka

Tiada anak bangsa megah melihatnya

Perjuangan panjang mu tiada siapa menyedari

Oh Pendeta bangsa!  

Pahit lagi kopi bangsa

Apabila ia ternoda

Oleh hempedu bangsa!

Aku tidak tahu bagaimana mahu mengambarkan perasaan ku ini.

perasaan yang diselubungi pelbagai rasa dan sentuhan.

weblog ini akan menghimpunkan perasaan tersebut!