
Alhamdulillah. Sempat juga aku habiskan membaca buku ini. Seharusnya aku perlu berterima kasih kepada DSAI yang sudi membenarkan buku-buku milik beliau dipinjam untuk dibaca. Terima kasih Dato’ Seri.
Penulis buku ini, Anis Matta merupakan pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia. Justeru membaca hasil kerja seorang pemimpin sekurang-kurangnya kita dapat menangkap sebahagian dari pola pemikiranya.
Mencari Pahlawan Indonesia berjaya ditulis secara bersahaja. Dengan tajuk seberat ini beliau mengungkapkan dengan cara yang begitu istimewa sekali. Sebagai lulusan Univerisiti Muhammad Ibnu Su’ud, beliau tidak pernah lupa untuk mencatatkan lembaran-lembaran ayat al-Quran dan hadith.
Buku ini tambah menarik apabila dicoretkan dengan puisi yang menambahkan lagi serinya. Puisi yang dikutip dari Chairil Anwar sehinggalah Ibnu Qayyim ini, kena pada tempatnya.
Pada pandangan saya Bapak Anis Matta jelas mencurahkan pemikiran beliau terhadap masalah yang melanda Indonesia yang perlu segera dicari Sang Pahlawan untuk mengatasi segala kebobrokan yang membobot itu!
Benarlah seperti yang dikata oleh Taufiq Ismail dalam pengantarnya, sedap dibaca, bahasanya terpelihara, puitis di sini sana, pilihan judul mengena, dan disampaikan dengan rendah hati.
Oleh: Arip Arifin
Apabila menelusuri perjuangan dakwah. Maka kita akan ketahui bahawa ia bukanlah satu perkara baru. Tidak salah jika dikatakan bahawa perjuangan dakwah adalah sunnah. Sunnah yang abadi. Lebih 1400 tahun dahulu, dimulakan oleh seorang lelaki. Yang mana umat Islam hari ini mewarisi liku-liku perjalanannya. Pahit getir dan kesabarannya.
Perjuangan suci diterapkan dalam kehidupan. Bukan untuk kepentingan diri. Bukan juga untuk kepentingan manusia yang lain. Perjuangan yang tulus serta ikhlas dan datang dari hati yang luhur dan murni demi melihat agama Allah berdiri dengan tegak di atas muka bumi. Abu Bakar as-Siddiq R.A pernah berkata, “Apakah agama Allah ini akan jadi rendah, sedangkan aku masih hidup?” Kata-kata yang sewajarnya memberikan kesan kepada seluruh ummat manusia khususnya, agar tidak meletakkan agama di kedudukan yang rendah, mahupun membiarkan ia di suatu tahap yang menghinakan.
Amat menghairankan apabila agama mula ‘dibunuh’ oleh orang-orang agama sendiri. Meletakkan Islam dalam keadaan yang memalukan. Menggambarkan Islam itu sebagai suatu yang sempit, serta kolot. Dan mencerminkan bahawa Islam itu adalah suatu yang sangat sukar. Walhal ianya tidak begitu. Mereka inilah yang membunuh usaha dakwah tanpa disedari. Yang mana akhirnya, Islam itu terus-terusan ditolak dari minda, samada dari bukan Islam, mahupun orang Islam sendiri.
Orang Islam sewajarnya merangka strategi dakwah untuk menyampaikan Islam yang asal. Islam yang segar dan Islam sebenar. Merangka bagaimana Islam perlu dilontarkan ke dalam hati masyarakat agar ianya diterima. Dan yang paling utama, adalah kesediaan untuk melakukan pengorbanan demi melihat agama Allah ini tegak. Allah berfirman di dalam surah as-Saff, “Wahai orang-orang Yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
Dalam menyampaikan Islam, kita cuba berusaha membuka kiat-kiat dakwah agar ia dapat diterima secara menyeluruh dan tepat. Berusaha untuk mencari dan mengorbankan sedikit sebanyak yang kita ada. Ganjaran yang besar menanti. Cuma tinggal kesanggupan kita. Samada kita mahu ataupun tidak.
Islam yang segar dan benar tidak lain melainkan apa yang diwarisi oleh Rasulullah SAW. Agama yang lengkap dan tidak memerlukan apa-apa penambahan, dan tidak juga perlu untuk dikurangkan. Dinyatakan di dalam surah al-Maa’idah, “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama bagimu.” Jelas bahawa Islam adalah syumul. Dan melalui kesempurnaan Islam, kita menyakinkan subjek-subjek dakwah. Jauh sekali kita cuba memaparkan apa yang mungkin menyebabkan Islam itu dianggap lemah dan bobrok. Nyata sekali kerana Islam itu bukan begitu. Dan nyata sekali yang berbuat demikian adalah mereka yang khianat terhadap Islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Permudahkan usah menyusahkan.” Suatu kata-kata yang menunjukkan bahawa berat sekali untuk memaparkan bahawa Islam itu adalah suatu yang mudah dan bukan suatu yang berat.
Gerakan melakukan dakwah adalah usaha yang perlu dilakukan oleh keseluruhan umat. Gerakan dakwah bukanlah jalan perseorangan. Meletakkan tanggungjawab kepada kelompok tertentu adalah kesilapan yang total. Mana mungkin agama ini mengkhususkan perbuatan dakwah hanya kepada kumpulan-kumpulan atau orang perseorangan. Sedangkan Rasulullah mengatakan, “Sampaikan dariku walaupun satu ayat.” Suatu perkataan yang tiada menunjukkan pengkhususan kepada siapa-siapa. Suatu suruhan yang jelas kepada umat Baginda tanpa ada diskriminasi.
Takaran usaha dakwah bukan hanya pada satu sisi. Apabila disebutkan bahawa Islam itu sempurna. Maka jelas sekali bahawa usaha dakwah itu berlegar dari setiap sudut. Tidak kira samada tauhid, ekonomi, politik atau sebagainya selagimana materi tersebut berkaitan dengan agama Allah sebagaimana dipaparkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Tegaknya agama Allah bukan pada satu dasar sahaja. Bahkan bergelumang dari pelbagai posisi. Bahkan prinsip tarbiyah dan tasfiyah itu berjalan seiring bagi memantapkan penerimaan pada hati subjek-subjek dakwah.
Dan dalam berdakwah juga kita berukhwah. Bukan untuk berpuak-puak, dan bukan juga untuk berpecah-pecah. Berukhwah untuk menunjukkan bahawa umat Islam itu berkongsi ideologi dan fikrah yang sama serta seimbang. Tidak lain untuk menunjukkan kekuatan agama itu sendiri. Bukanlah bersatu disebalik perbuatan-perbuatan bida’ah terkutuk yang berlatarkan Islam untuk mengabui mata masyarakat. Islam tidak memerlukan perkara-perkara itu, cukuplah agama Allah menjadi sebab penyatuan. “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (yakni agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
Jelas. Besar sekali nikmat Islam. Dan hanya melalui Islam yang segar dan sebenar, kita dapat mencapai maksud dakwah yang sebenar. Dan bukan menjadi pandir agama. Bercakap dan menyampaikan apa yang ‘kononnya’ adalah agama. Menyampaikan agama dengan ilmu, kerana ilmu merupakan kunci dakwah. Selain perlu dilengkapi dengan keikhlasan. Sekarang tin ggal kemahuan. Samada mahu atau tidak. Tinggal kita untuk berbuat pilihan. Bukan sekadar kata-kata yang tersekat di rengkung.
Abu al-Fadhl
Saya gemar berbual, berbincang dan kadang kala berdiskusi dengan anak-anak muda. Ya mungkin kerana usia saya yang tidaklah terlalu tua. Saya senang melihat anak-anak muda teguh berpendirian tak goyah dengan habuan. Saya kagum melihat anak muda yang bersemangat menjulang idealismenya. Saya harus akur. Saya tidak berpeluang untuk itu.
Bersama anak muda menyebabkan saya bernafas cara anak muda, mengemari warna-warna keras dan tegas, sekalipun banyak silap dan salah bila mereka berbicara. Saya tertanya di mana mahu anak-anak muda penuh dengan semangat ini akan di bawa pergi. Seusai pengajian ke mana mereka? Masih teguh dengan idealogi? atau sudah mula berjinak-jinak bersikap “neutral”. Ya semuanya bisa aja terjadi. Ada teman saya yang kental zaman mahasiswa, kendur di alam pekerjaan. Pernah saya bertanya kenapa? jawabnya “Dah tak larat, zaman muda-muda dulu boleh lah la ni sibuk dengan anak-anak , kerja, bini macam-macam lah” Saya kaget mendengarnya, sedangkan dia baru menjengah 30-an.Hemm. Saya akur untuk itu…takut diri nanti turut menuruti jejak-jejak itu.
Melihat wajah-wajah muda yang penuh semangat, sarat dengan emosi dan asyik dengan impian membuatkan saya terkenang sesuatu. Ya saya dulu juga begitu. Pernah merakam kenangan untuk ajarkan saja pemerintah cara terbaik untuk memerintah sekalipun pengalaman sekadar pembacaan. Akhirnya bila kita berpijak di bumi realiti baru saya sedari bahawa selama ini saya hanya berteori. Saya akur untuk itu.
Rupa-rupanya kita harus melihat realiti. Menghadam masalah yang real dan berbuat sesuatu yang juga REAL. Saya akur jika ada yang bertanya kenapa profesionalism tidak ada di sini…saya hanya akan senyum. Jawapan saya di dalam hati “Aku bekerja dengan realiti bukan dengan fantasi!”
Demikianlah mempersiapkan Generasi Baru tidak semudah di atas kertas. Tidak juga mudah untuk diungkap. Tidak juga senang untuk dibentuk. Saya masih ingat perli-perli al Arqam satu ketika dahulu terhadap kelompok Islam yang lain dengan ungkapan cukup berbisa “Mereka itu Islam Kertas Kerja, Sedang kami Bekerja Bersama Islam tak perlu kertas-kertas kerja, seminar, simposium yang penting adalah menjadikan semua itu realiti” Mereka sering mempamerkan wajah-wajah Islam yang real! Mereka berbicara dengan bahasa yang mudah difahami..tidak dengan bahasa kelas tinggi yang para cendiakawan pun pening untuk memahaminya. Saya harus akur bahawa mereka telah berbuat sesuatu yang real, sekalipun ada yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Sekurang-kurangnya mereka melakukan sesuatu yang REAL! (sekadar ingatan untuk diri sendiri)

Untuk lebih maklumat sila klik sini
Kepada anak muridku yang akan menghadapi peperiksaan Saya Punya Maruah (SPM), didoakan semoga berjaya dan semoga kejayaan mengiringi setiap langkah !
Soal kesalahan dan kesilapan kamu semua telah cikgu maafkan sejak kali pertama mengajar kamu…Buatlah yang terbaik!