Februari 2009


Perjuangan adalah melaksanakan apa yang difikir dan dikatakan..bukan hanya perancangan dan berdengar-degar cakapnya, tapi haram satu pun tak jadi…

Ulasan situasi politik di Perak

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata. Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Apakah jawapan kepada semua masalah ini?

Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!