Jun 2008


Kata Pembukaan

Saya bukan orang agama yang pandai bersyarah mengenai pelbagai persoalan agama. Maaf untuk itu. Saya juga bukan pengkhianat, batu api berwajah konon-konon warak kerana pada saya itu hipokrit namanya. Saya juga bukan orang penting untuk berkomentar panjang sesuatu isu. Saya hanya orang biasa yang sering melakukan kesilapan. Namun untuk membuat onar, membelah persaudaraan oh itu bukan saya.

(selanjutnya…)

Advertisement

Melihat gelagah politik Malaysia yang semakin sukar ini membayangkan kepayahan yang dialami oleh Pak Lah.. apa lah yang boleh dilakukan lagi melainkan…

Aku jarang sedih. kalau sedih seklipun aku akan cuba senyum, biarpun tawar. Hari ini genap 5 tahun pemergian ayah, seorang insan tabah dan cekal dan sebahagian besar hidupku dicorakkan oleh beliau. Ayah ku seperti ayah yang lain, tak banyak cakap dengan anak-anak. Sering pula serius, tapi kadang-kadang jenakanya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.

Ayah tak pernah memberikan kesenangan hidup pada kami sekeluarga. Dan kami jauh pula dari meminta. kerana kami sedar, kalau diminta akan menyusahkan Ayah untuk memenuhinya. Aku tahu Ayah amat menyayangi kami sekeluarga. Sekalipun marahnya menyebabkan kami kecut perut. Aku masih ingat aku pulang bercuti dari asrama, ya cuti pertengahan tahun. sebetulnya ada Jambori Scoot yang aku sendiri usahakan untuk menjadikannya realiti. Tapi tiba-tiba hatiku memilih untuk tidak menyertainya.Itu menyebabkan teman-teman bengang pada aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku enggan turut serta. Aku mengambil keputusan nekad untuk pulang bercuti di rumah saja. Dalam seminggu cuti, dengan bebanan kerja rumah yang bertimbun apatah lagi dengan subjek add math yang aku sendiri terlalu kecil untuk memikulnya membuatkan cuti kali itu amat membebankan. Ayah hanya seperti biasa, membiarkan aku di meja tulis menyiapkan kerja rumah. Sepanjang cuti ayah cukup tegas. Dia mahu semua anak-anaknya di rumah saja. Jangan pergi keluar. Semua mesti di rumah. Ayah marah benar pada Acik kerana keluar sehingga lewat senja. Aku sendiri waktu itu pelik, ayah selalunya tidak setegas itu kerana kami 5 beradik paling lewat pulang ke rumah sekita pukul 8 malam. Itu pun kes terpencil yang dikhaskan kepada abang yang besar. Waktu hendak pulang ke asrama, aku mencium tangan ayah. Aku pandang wajahnya sayu. Ayah masuk ke bilik air selepas itu sambil mengesat sesuatu di matanya. Sepanjangan aku di asrama ayah tak pernah sedih sebegitu. Kali itu benar-benar berbeza.

Seminggu di sekolah, pada satu malam setelah habis prep malam namaku diumum oleh Ustaz Suhaimi warden asrama paling aku sayangi. Sampai di lobi asrama Acaq (Abang Sulongku) sudah di lobi. Sambil memegang bahuku acaq berkata “Ayah dah tak da” Aku mengangguk faham. Ustaz Suhaimi menenangkan aku. Sebut Inalillah. Aku ke bilik dorm dan mengemaskan barang serba sedikit. kawan-kawan sekelas sampai di depan pintu dorm. Mereka juga terkejut dan membisikan kata :SABAR!

Sepanjang jalan aku terkenangkan semula ayah. Dia paling bertahta di hatiku. Terkenang kala demam, dialah yang beria-ia membeli mee goreng kegemaranku. Dia juga bersusah menjaga aku jika aku demam. Dengan tabah dia memicit kepala ku jika aku mengadu sakit kepala. Dia jugalah yang mengajarkan aku solat, puasa dan menghantar aku ke kelas fardhu ain setiap sabtu. AKu juga pasti tidak lupa bagaimana ayah membawa aku menaiki motosikalnya ke Telok Tempoyak untuk bermain pasir laut.

Sampai di rumah jenazah masih di hospital. Acaq ke hospital dengan orang kampung. Keesokkan pagi aku pergi ke hospital untuk mengambil jenazah ayah pulang ke rumah. Aku bersendirian menemani ayah pulang dan bibir tak lengkang membaca ayat suci untuk ayah. Akhirnya ayah dikebumikan. Aku berterima kasih kepada sahabat yang hadir menemani aku sepanjang hari tersebut. Malah merekalah yang datang untuk membantu mengusung jenazah ayah ke masjid. Terima kasih sahabat kerana bersusah kerana kesusahanku.  

Aku banyak berkongsi minat dengan ayah. Pemergian ayah benar-benar menyebabkan aku kosong. Pernah sekali teman-teman sekelas datang kepada aku sambil berkata “Kami nak hang yang dulu” Aku sedar kesuraman aku sepanjang seminggu awal setelah ketiadaan ayah di sekolah menyebabkan mereka tidak senang. Aku faham perasaan kalian sahabat.

Kini setelah 5 tahun pemergian ayah, aku masih merasa betapa kuatnya kasih sayang ayah pada kami 5 beradik. Kesungguhan ayah mendidik kami, ketabahan ayah mengharungi kehidupan benar-benar membuatkan aku kagum. Semoga kecekalan dan ketabahan ayah mengharungi cabaran kehidupan aku turut bersama dengan ku.

Menjadi sahabat kadang-kadang mudah. Yang payah mencari sahabat yang sejati. Sahabat yang mampu susah senang bersama. Mampu menangis bersama kita kala kita sedih, dan ketawa tika kita gembira.

Alhamdulillah sebahagian teman-teman yang aku kenali benar2 sahabat. kalau pun tak semuanya sejati namun memiliki sahabat adalah satu anugerah.

(selanjutnya…)

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit “atas sebab-sebab keselamatan mereka”.

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.
(selanjutnya…)

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter
04/06/2008 5:56pm

Putrajaya 4 Jun – Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

(selanjutnya…)

Ninja!

Lihat wajah Anwar ketika membicarakan persoalan EZAM. …

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.

Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.
(selanjutnya…)