Kemenangan Rakyat!

Pilihraya ke 12 menujukan satu perubahan yang sangat besar.  5 buah negeri  iaitu Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang benar-benar mengejutkan. Paling menarik beberapa orang menteri dan timbalan menteri juga tewas di kawasan masing-masing. Misalnya Sungai Siput yang ditandingi oleh Samy Vello turut tumpas. Begitu juga dengan Zam Maidin yang lari lintang pukang ke Sungai Petani ditewaskan oleh Johari Abdul yang juga mencuba nasib kali ke 3. Datuk Zainal Abidin Othman di Nibong tebal juga tewas di kampung halamannya sendiri. Kaveyes yang juga Presiden Parti PPP turut tewas. Begitu juga dengan Koh Tsu Kun di parlimen Batu Kawan turut tewas kepada mantan pensyarah sains politik yang mana beliau juga merupakan pensyarah sains politik di USM sebelum ini.

(selanjutnya…)

Advertisements