Ulasan situasi politik di Perak

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata. Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Apakah jawapan kepada semua masalah ini?

Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!

Advertisement

Melihat gelagah politik Malaysia yang semakin sukar ini membayangkan kepayahan yang dialami oleh Pak Lah.. apa lah yang boleh dilakukan lagi melainkan…

Saat saban malam kau ke desa

Meraih simpati dan undi

Dan saat kau tak segan

Bermain lecah dan selut di sawah

Kau hulur tangan pada nelayan

Di pinggir pantai

Biar kau tahu hanyirnya

Lekat sampai ke malam

 

(selanjutnya…)

Pada pilihanraya yang lalu terdapat beberapa orang calon yang menang dan kalah adalah anak beranak atau kurang-kurang adik beradik! Pernah dahulu Anwar Ibrahim yang kini lagaknya seperti Hang Jebat (dulu dalam UMNO macam Hang Tuah) menyelar sikap pemimpin ketika itu yang mengamalkan kronisme.

(selanjutnya…)