Kenalan ku seorang “pencuri” , berkomentar tentang film Sang Murabbi yang diterbitkan oleh Majlis Budaya Rakyat (MBR) Indonesia. Sebahagian besar pendokong MBR adalah aktivis yang bergiat di lapangan dakwah. Dari perbualan aku dan mereka (anggota MBR) , aku dapati mereka  adalah insan yang baik. Sikap yang ditonjolkan dari perbualan mencerminkan akhlak yang mulia. Pada aku mereka bukan pembuat film yang murahan! Mereka telah belajar erti besar dakwah. Malahan aku tabik hormat pada MBR kerana berani melaksanakan dakwah di lapangan film, lebih baik dari mereka yang hanya cakap berdegar-degar.

Justeru aku hairan bila ada pencuri yang tidak semena-mena menjadi pengkiritik film yang hebat, mencanang itu dan ini. Lebih membosankan ada juga pengikut pencuri itu bicara tak kalah seorang pengkritik film juga. aduh!

Hingga saat ini tidak ada satu pun karya sebaik itu di Malaysia. Film dakwah yang cuba memberikan satu motivasi baru kepada sesiapa yang mengaku dai’e. Mungkin pencuri dan pengikut-pengikutnya perlu belajar dari ungkapan bernas Ustaz Rahmat Abdullah:

Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-gemintang

Berkilau di pandang orang

Di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina

 

(Ust Rahmat Abdullah)

Advertisement

Nampaknya dia buat hal lagi. Kali ini seorang tokoh pulak dicuri barangnya. Aku tak tahu sama ada tokoh tersebut sedar atau tidak, namun pencuri tetap pencuri.

Wahai pencuri, berhenti lah dari kerja itu….

Dia masih berselindung dan menyembunyikan dirinya. Dia rasa dia terlalu besar untuk mengaku salah. Alahai mengapa sukar untuk mengaku salah? Kalau sudah ambil barang orang eloklah mengaku saja. Jangan berasa besar untuk mengaku salah. Aku tak faham betul dengan masalah orang yang cepat patah hati tu. Mungkin kerana ada pengikut yang PALING TAAT DI GALAKSI BIMA SAKTI ni menyebabkan dia rasa sangat BESAR. Aku masih menunggu bilakah dia akan mengaku…pecayalah si patah hati aku bukan mau sangat dengan peti ais tu aku cuma mahu kau mengaku bahawa benar kau yang mencurinya.