pahlawanindonesiagt913

Alhamdulillah. Sempat juga aku habiskan membaca buku ini. Seharusnya aku perlu berterima kasih kepada DSAI yang sudi membenarkan buku-buku milik beliau dipinjam untuk dibaca. Terima kasih Dato’ Seri.

Penulis buku ini, Anis Matta merupakan pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia. Justeru membaca hasil kerja seorang pemimpin sekurang-kurangnya kita dapat menangkap sebahagian dari pola pemikiranya.

Mencari Pahlawan Indonesia berjaya ditulis secara bersahaja. Dengan tajuk seberat ini beliau mengungkapkan dengan cara yang begitu istimewa sekali. Sebagai lulusan Univerisiti Muhammad Ibnu Su’ud, beliau tidak pernah lupa untuk mencatatkan lembaran-lembaran ayat al-Quran dan hadith.

Buku ini tambah menarik apabila dicoretkan dengan puisi yang menambahkan lagi serinya. Puisi yang dikutip dari Chairil Anwar sehinggalah Ibnu Qayyim ini, kena pada tempatnya.

Pada pandangan saya Bapak Anis Matta jelas mencurahkan pemikiran beliau terhadap masalah yang melanda Indonesia yang perlu segera dicari Sang Pahlawan untuk mengatasi segala kebobrokan yang membobot itu!

Benarlah seperti yang dikata oleh Taufiq Ismail dalam pengantarnya, sedap dibaca, bahasanya terpelihara, puitis di sini sana, pilihan judul mengena, dan disampaikan dengan rendah hati.

Advertisement

Aku bukanlah antara orang yang gemar membaca dulu. Dulu lah. Lebih baik tengok TV kan lagi best. Tapi bila ke sekolah asrama aku mula jatuh cinta dengan perpustakaan yang besar. Sungguh dengan perpustakaan! bukan dengan pengawasnya! Aku mula belajar membaca. Malah ketika tingkatan 5 aku sering outing semata-mata untuk ke Popular membaca buku Dr Yusuf al Qardhawi. Aku habiskan membaca buku tersebut dalam masa sebulan. Aku tidak beli buku tu sebab harganya mahal. Bila tamat SPM aku bekerja dan dengan gaji pertama aku beli buku tersebut. Bila aku terjerumus dalam aktiviti dakwah, antara budaya yang berjaya Angkatan bina ialah budaya ilmunya yang amat segar bugar. Setiap minggu ada sahaja bacaan baru yang mesti di baca. kata Dr Asyraf Wajidi kita mesti beli buku, then minat membaca akan timbul. Aku dapat rasakan kekuatan tarbiyyah kesan langsung dari naqibku yang juga suka membaca buku. Opss panjang pula pasal hobi membaca. Buku yang ku baca ini bertajuk seperti di bawah ini:

 

Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam
Penulis: Kassim Ahmad
Penerbit: ZI Publications Sdn Bhd
Tahun: 2008
Halaman: 243
Harga: RM35.00

 

 

 

Sebuah buku yang membongkar selok belok kehidupan seorang insan penuh kotroversi satu masa dahulu, Kassim Ahmad. Beliau dengan tabah menceritakan pengalaman sejak kecil hingga besar dalam menempuh kehidupannya yang berliku. Buku ini sempat aku habiskan sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Penang. Pada yang meminati buku gerne biografi maka buku ini tidak harus anda lepaskan. Kassim Ahmad dalam buku ini tidak sekadar menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya malah mencabar minda pembaca dalam beberapa bab. Selain itu beliau  juga sibuk bercerita tentang pengalamannya menjadi seorang sosialis di UK sehinggalah beliau bertemu dengan “Islamnya”.

Kesimpulan akhir buku ini adalah Kassim Ahmad sekadar menemui sebatang jalan yang pada pandangannya Islam…namun agak dikesali tidak terdapat satu ayat pun yang menyatakan beliau bersalah bila mengarang buku “Hadis Satu Penilaian Semula”.