“Kenapa kau nak cerita benda macam tu kat semua orang?” tanya kawanku. Aku diam dan kemudian menhela nafas sesak ku. “Syeikh, bukan kau di tempat aku. Aku yang merasainya. Perjuangan bertahun-tahun. Penat lelah kemudian mengorbankan sebahagian dari masa remaja ku semata-mata untuk sebuah perjuangan yang ramai mengatakannya IKHLAS! Tapi baru ku tahu ada kepentingan rupanya. Betulnya memang hasrat hatiku sendiri tidak mahu bercerita hal ini. Ini hal lama. Soal hati atau perasaan bukan yang sepatutnya menjadi pertaruhan di sini.

Namun kalau mereka yang bermain dengan perasaan, menyebarkan kata-kata nista pada aku…mengugut untuk melempar aku jauh ke tepi seolah-olah aku tidak memberi apa-apa manfaat sebelum ini hanya kerana aku teguh berpegang dengan manhaj Nabi dan Sahabat? Aku rasa begitu manis perjuangan ini! Tidak walau seinchi untuk berudur. Aku menanti dengan penuh minat rentak silat pulut yang kau mahu pamerkan. Kali ini aku ingin berperang dengan kau di dalam padang! tidak di luar.  

Kala ini aku terkenangkan bagaimana perasaan Nabi ketika dihalau keluar dari Thaif. Bagaimana Nabi begitu tabah berdepan dengan kutukan dan nista dari mereka. Dan aku rasa terlampau kerdil diri berdepan dengan situasi ini. Betapalah aku sekadar hanya menerima sekelumit ujian sahaja sudah mahu berpatah arang. Itu menyebabkan aku sentiasa kagum bila membaca kitab al Rahehul Mahtum karangan Saiful rahman al Mubarakfuri ketika sampai bab menceritakan doa nabi ketika di halau keluar dari Thaif:

“Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. helahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan”.

Benarlah katamu wahai sahabat… Allah sedang berbicara dengan Mu tentang SABAR dan IKHLAS.  Saksikanlah bahawa seandainya ini jalan yang ditentukan oleh Mu, maka aku redha memilih nya supaya aku semakin dengan Mu….

Advertisements