Berikut adalah temuramah dengan Peguam Ahmad Jailani mengenai Forum Awam Memeluk Islam.
Semoga ada manfaatnya.
Ogos 13, 2008
Berikut adalah temuramah dengan Peguam Ahmad Jailani mengenai Forum Awam Memeluk Islam.
Semoga ada manfaatnya.
Ogos 6, 2008
Aku manusia hebat! Kerja aku prefect! Aku boleh arah semua orang! dan macam-macam lagi “bahasa angkat diri” yang jelek diungkapkan oleh orang yang juga jelek!
Mungkin tak ramai yang akan bercakap begitu, tapi ramai yang mungkin pernah mendengar dialog: “Syeh awat enta tak buat macam ni?”, “Kenapa tak masukan begini”, “Kenapa warna ni biru, bubuh la hijau” semuanya adalah ayat mengarah. MENGARAH!
Sememangnya seronok mencari kesalahan orang lain. Apatah lagi memarahi orang lain. Uh seronoknya! Mungkin mereka perasan konon mereka mempunyai pemikiran kritis! Cisss.
Justeru teringat kata seorang tokoh, “Merungut tak menyelesaikan masalah, Merintih menambah masalah, Membantu mengurangkan masalah” Kenapa ramai yang tak berkata : Syeh, apa yang boleh ana bantu? Kenapa pula ramai yang berkata: Syeh, enta kena buat macam ni bla bla bla”
Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
Surah al Soff ayat 2-3
Ogos 6, 2008
Melihat badut-badut berkeliaran semalam seperti mabuk itu mengenangkan aku kepada sikap badut sekelilingku. CUKUP MEMUALKAN!
Datang sambil senyum-senyum, kemudian buat-buat bertanya khabar, dalam baik ada dajalnya!
Aku tertanya kenapa perlu dibincangkan soal aku secara tertutup? Kenapa tidak berdepan? Oh aku lupa badut memang macam tu. Suka buat kerja gila kemudian ketawa sendirian.