poster-for-web

Untuk lebih maklumat sila klik sini

Advertisement

Semalam peti masuk e-mail ku dimasuki satu e-mail yang amat berharga kerana bukan calang-calang orang yang menghantarnya. Dia guru dan mentorku yang amat aku hormati al fadzil Ustaz Zain ys. Kala kebanyakan orang sedang sibuk berduka lara dan bersedih, ustaz Zain yang sentiasa aku kenali sebagai seorang yang amat ceria itu, membisu seribu bahasa dari memberikan apa-apa respon mengenai penutupan laman web yang disayangi al-ahkam.net. Aku juga seperti mereka gusar dalam resah atas penutupan tersebut. Mana mahu aku cari sebuah laman yang banyak mengajar aku recah hidup, mengenal ketulenan agama dan persaudaraan Islam yang kukuh sekalipun hanya bertemu di alam maya. Kegundahan aku akhirnya terubat apabila Ustaz Zain menghantar e-mail memberikan satu alamat atau petanda yang mungkin berita baik kepada semua dan berita buruk kepada pembenci al-ahkam.net yang selama ini memang menanti saat-saat gembira mereka ini. Dalam keadaan ini aku dapat rasakan bahawa Ustaz Zain bukan sengaja mahu menutupnya kerana kata seorang sahabat itu bukanlah sifat ustaz Zain yang mereka kenali selama ini. Soal mengapa mungkin tidak dapat dijawab namun sekurang-kurangnya e-mail yang dikirim kepada ku untuk ditatap oleh semua dapat memberikan suatu isyarat kepada semua. Kita hanya berhak menjadi tetamu yang patuh pada tuan rumah. Jika tuan rumah masih belum bersedia membuka pintu maka bersabarlah. Ku bawakan email untuk tatapan semua. semoga bermafaat.

e-mail ustaz Zain kepaada aku dan teman-teman yang lain

Ramai yang mahu tahu penyebab penutupan al ahkam.net…yang aku sendiri samar untuk memberikan penerangan lanjut mengenai penutupan tersebut. Adakah pentupan itu hanya sementara? atau juga untuk selama-lamanya. Entahlah semuanya terpulang pada tuan rumah. Sebagai tetamu kita hanya pasrah. Namun, andai nanti wujud semula ruang itu masihkah kalian akan tetap seperti dulu? masih mahu marah-marah lagi, masih mahu komplin sana sini, masih mahu berforum cara kurang beradab? entahlah. sebagai tuan rumah kita sendiri tidak mahu keadaan itu berlaku di rumah kita sendiri kan?

Perbualan dengan teman rapat semalam membayangkan sesuatu untuk semua. aku gagal memaksa diri untuk berkongsi harapan untuk itu. Namun kita sebagai tetamu tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Cuma yang pasti jangan sesekali berputus asa. Jika kita bersemangat untuk melihat al-ahkam berpencak semula maka inilah ruang dan masanya memberikan sokongan kepada semua untuk terus berdoa dan berdoa.

aku tinggalkan semua dengan ini…(yang pasti saedun masih dengki lagi..saedun..saedun)

dsc00162.jpg

Zainal Azahari Zainuddin , mengikut jejak langkah bapanya (Zain ys).