Secangkir Kopi Buat Za’ba

 Ku bancuh kopi ini

Dengan rasa dan jiwa

Sebagai anak bangsa

Untuk mu wahai pendeta

Sekalipun aku tak tahu

 Apakah kau suka pada kopiku ini  

Secangkir kopi buat Za’ba

Untuk kau hirup pahitnya terasa

Betapa bahasa ibuda

Hilang dayanya

Sekalipun Negara merdeka 50 tahun lamanya!  

Pelita Bahasa yang kau karang dulu

Masih elok di muzium dan pustaka

Tiada anak bangsa megah melihatnya

Perjuangan panjang mu tiada siapa menyedari

Oh Pendeta bangsa!  

Pahit lagi kopi bangsa

Apabila ia ternoda

Oleh hempedu bangsa!