Kemenangan Rakyat!
Pilihraya ke 12 menujukan satu perubahan yang sangat besar. 5 buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang benar-benar mengejutkan. Paling menarik beberapa orang menteri dan timbalan menteri juga tewas di kawasan masing-masing. Misalnya Sungai Siput yang ditandingi oleh Samy Vello turut tumpas. Begitu juga dengan Zam Maidin yang lari lintang pukang ke Sungai Petani ditewaskan oleh Johari Abdul yang juga mencuba nasib kali ke 3. Datuk Zainal Abidin Othman di Nibong tebal juga tewas di kampung halamannya sendiri. Kaveyes yang juga Presiden Parti PPP turut tewas. Begitu juga dengan Koh Tsu Kun di parlimen Batu Kawan turut tewas kepada mantan pensyarah sains politik yang mana beliau juga merupakan pensyarah sains politik di USM sebelum ini.
Kuasa Rakyat Kuasa Perubahan
Demikianlah antara yang harus difahami oleh BN. Jika seandainya sebelum ini Kelantan sahaja yang dikuasai oleh PAS kini tidak lagi. Apatah lagi Selangor yang pesat membangun juga turut tumbang jatuh berderai. Perubahan landskap politik Malaysia ini menuntut satu perbuahan besar dari BN. Begitupun Pembangkang yang kini menjadi pemerintah di 5 buah negeri itu juga perlu memahami bahawa mereka juga boleh kecundang sekiranya tempoh memerintah tidak dipenuhi dan diendahkan. Jika mereka juga seperti BN yang bercakaran dan sering memikirkan masalah perut masing-masing, itu merupakan satu kesilapan yang berulang.
Kerana 3 Kupang
Ada seorang teman menyatakan faktor kekalahan BN di Pulau Pinang adalah faktor 3 kupang (30 sen). Kenaikan harga minyak dan secara langsung kenaikan harga barang memberikan kesan langsung kepada kekalahan BN. Rakyat yang pedih dan perit menerima keadaan tersebut nyata telah mengajar BN bagaimana untuk mentadbir. Jika mereka prihatin dengan masalah rakyat tentu sekali pekara ini tidak berlaku. Suara
Anak Muda
Kemenangan Puteri Reformasi Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai memberikan satu petunjuk baru kepada Negara bahawa pengundi muda memihak kepada anak muda. Begitu juga dengan kemenangan Mohd Yusmadi Yusoff di Balik Pulau menjadi satu lagi petunjuk. Sekiranya ramai muka baru ditampilkan mungkin BN akan dapat merampas kembali memerintah. Kepada anak muda selamat berkhidmat kepada rakyat!
Blogers Yang Kuat!
Salah satu faktor yang tidak dapat dinafikan ialah bloger di alam maya. Kekuatan yang dipunyai oleh bloger ini tidak dapat dinafikan. Misalnya beberapa blog menerima traffic yang tinggi.Pihak pembangkang mahupun kerajaan tidak bleh memandang enteng akan kekuatan yang dipunyai oleh blogger.
Manifesto Pembangkang
Promosi parti pembangkang melalui manifesto telah memberikan kesan kepada mood pengundi. PAS yang mengumumkan Negara Berkebajikan, PKR dengan Harapan Baru Malaysia dan DAP dengan Jom Ubah memberikan beberapa makna besar. Mungkin parti pembangkang perlu juga memikirkan satu manifesto seperti yang diamalkan oleh BN.
Mac 11, 2008 at 8:56 am
Salam hangat dari Indonesia.
Aku setuju bahwa pesan utama rakyat Malaysia pada PRU-12 adalah PERUBAHAN atau REFORMASI.
Mengenai peran blogger, sebagai jalan keluar utama karena akbar dan TV dikuasai BN, itu pun aku setuju.
Aku menulis dua artikel mengenai fenomena blog dalam PRU-12
“”Pertama kali di Dunia, Blogger Jadi Anggota DPR” dan “Gara-gara Blog, Oposisi Berjaya di Malaysia”
Bagi yang berminat, sila baca di http://ayomerdeka.wordpress.com/
M E R D E K A