Politik


Lama tidak pulang ke blog yang sudah dipenuhi sawang lelabah dan habuk yang menyesahkan nafas. Sekadar berkongsi rasa dengan artikel di bawah:

Dua ‘Tan’ dalam hidup saya — Sang Pelangi
October 25, 2010
25 OKT — Ketika zaman mahasiswa, saya telah menghadiri kem kepimpinan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan berasaskan Melayu di negara ini. Dalam kem tersebut saya telah diperdengarkan dengan sebuah lagu hip hop dalam bahasa Hokien.

Penceramah tersebut menyatakan lagu tersebut merupakan satu manifestasi ketidakpuasaan hati kaum Cina di Malaysia yang sedang menuntut hak yang setaraf dengan Melayu. Kemudian saya ditunjukan data-data mengenai pegangan ekuiti Bumiputra, asset Bumiputera, bilangan professional Bumiputera yang amat menakutkan.

Sebagai seorang budak Melayu yang mentah ketika itu, saya terus bertekad dalam hati saya “Bangsa Melayu ini perlu dibantu!”

Kisah Saya dan Tan 1

Menyingkap semula ketika zaman persekolahan, saya hidup dengan warna warni persahabatan yang amat mengujakan. Di sekolah saya hanya ada seorang pelajar berbangsa Cina bernama Tan. Dia seorang pelajar yang lincah dan pintar.

Tan bukanlah sahabat baik saya kerana kami berlainan kelas. Justeru saya tidaklah begitu ambil “pot” sangat dengan Tan. Tetapi selepas kami semua mendapat keputusan peperiksaan SPM saya mula mengenali Tan dengan lebih dekat lagi. Tan mendapat keputusan yang cemerlang, manakala saya seperti rakan-rakan yang lain “biasa-biasa” sahaja. Saya dan teman-teman yang lain berjaya memasuki menara gading tempatan.
Seminggu sebelum saya mendaftarkan diri di Univeristi Putra Malaysia, saya ke rumah Tan. Rupa-rupanya Tan tidak berjaya ke mana-mana universiti. Wajah Tan yang selama ini ceria hanya suram dan tidak banyak bercakap. Ibu Tan pula sangat sinis dengan saya.

Pulang dari rumah, saya tertanya-tanya dengan diri saya sendiri. Saya tidak faham bagaimana seorang pelajar cemerlang boleh dinafikan hak sebegitu rupa. Dalam fikiran saya terbayang wajah rakan-rakan Melayu saya yang tidak secemerlang mana yang berjaya di sebuah universiti khas untuk Bumiputera.
Kisah Tan di zaman persekolahan hilang begitu sahaja, sebagaimana hilangnya Tan dari pengetahuan saya. Kali terakhir saya mendengar kisah Tan sekitar 6 tahun yang lalu.

Dia di Australia melanjutkan pengajian dan bertekad untuk terus bekerja di sana.

Kisah Saya dan Tan 2

Saat ini saya berkenalan dengan seorang lagi Tan dalam hidup saya. Kami adalah rakan sepejabat. Dengan beban tugas dan karenah boss yang cukup memeningkan, saya dan Tan sering minum petang bersama sambil cuba menghilangkan stress setelah seharian bekerja. Setelah lama berkenalan baru saya tahu, bahawa lagu Hokien yang diperdengarkan kepada saya ketika mengikuti kem kepimpinan di zaman mahasiswa dahulu adalah nyayian dan karya Tan. Saya jadi kaget ketika itu, lagu yang saya tidak faham walaupun sepatah kecuali beberapa carut maki itu, dikarang dan dinyayikan oleh seorang sahabat yang sering menjadi pendengar yang setia kepada masalah-masalah saya.

Saya tidak percaya bahawa orang yang pernah saya benci dahulu terjelma kini sebagai seorang sahabat yang mulia. Saya beristifar panjang ketika itu. Baru saya faham kini, rupa-rupanya saya telah dibohongi oleh seorang pembohong ketika itu.

Realiti Semasa

Sebagai seorang Melayu saya bangga menjadi Melayu.

Saya bangga pada budaya Melayu yang penuh beradat. Kesopanan dan kelembutan bahasa Melayu sering saya angkat. Kekuatan sejarah Melayu saya kagumi dan junjung tinggi. Tetapi tidak pula bermakna saya tidak boleh untuk membantu kaum lain. Tidak bermakna saya harus pijak bangsa lain untuk maju. Tidak pula bermakna saya harus cerca dan maki hamun mereka hanya kerana bangsa mereka.
Ketika di alam pekerjaan, saya sering mendengar seruan untuk “tolong orang kita”. Saya tertanya-tanya “orang kita” itu siapa? Orang Melayu yang miskin di bandar dan luar bandar ataupun “kawan-kroni-anak beranak kita”.

Saya tidak marah jika anda ingin membantu orang Melayu, tapi saya marah jika Melayu yang anda bantu itu tidak lebih adalah “kawan-kroni-anak beranak kita” yang tidak berkualiti untuk dibantu. Walhasil anda sebenarnya tidak membantu “orang kita” tetapi yang anda bantu adalah “orang saya”!

Saya ingin Melayu dibantu, tetapi biarlah Melayu yang benar-benar layak. Melayu yang tahu apa makna “usaha” dan bukan “duduk saja”. Impian saya hanya ingin melihat agar seseorang itu dinilai dari sudut karektor, bakat dan kualiti yang dipunyai oleh seseorang itu dan bukan bangsanya!

Tetapi dalam masa yang sama, saya juga tidak terlepas untuk menyatakan bahawa bangsa lain juga perlu jujur dengan saya (Melayu) sebagaimana saya telah jujur dengan anda. Saya jujur bahawa ruang biasiswa, peluang melanjutkan pengajian, dan pelbagai lagi perlu dibuka kepada semua kaum.

Tetapi saya juga meminta agar anda jujur untuk membenarkan kami mempunyai sedikit ruang untuk “bernafas” dalam perniagaan. Lupakan DEB yang hanya membantu segelintir kelompok sahaja.
Hakikatnya masih ramai peniaga Melayu tulen yang tidak mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak yang memerlukan bimbingan dan nasihat anda. Saya yakin, bangsa yang lain tidak “berkira” kerana saya bertemu dengan peniaga Melayu yang berjaya hasil dari nasihat dan tunjuk ajar peniaga kaum Tionghua. Saya tidak meminta banyak, hanya kejujuran sahaja.

Siapa Salah?
Saya sampaikan pandangan saya ini kepada seorang sahabat saya yang merupakan ketua pemuda kepada sebuah parti politik berasaskan kaum. Dia lantas bangun dan menjerit berkata bahawa saya “tidak faham bahasa!”. Saya menjawab ya, memang saya tidak faham bahasa perkauman!

Orang politik lah yang perlu dipersalahkan. Mereka yang sering memain dan meniupkan api perkauman itulah yang harus dipersalahkan. Mereka yang kaya raya hasil daripada api marah dendam perkauman yang mereka nyalakan. Mereka yang setiap malam tidur di tilam yang empuk sedang rakyat masih tidur di ranjang kemiskinan yang menderitakan.

Dua Tan

Kepada Tan 1: Saya tidak lagi marah dengan kenyataan emosi yang anda keluarkan ketika pertemuan kita yang terakhir di rumah. Aku juga memohon maaf untuk semua itu.

Kepada Tan 2: Maafkan saya kerana pernah membenci anda yang saya tidak kenali dulu. Maafkan saya kerana hanya bersemangat tanpa ilmu. Saya akan cuba menjadi sahabat yang baik selepas ini.

Oh, terlupa untuk The Malaysia Insider: I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?

* Sang Pelangi adalah pembaca The Malaysian Insider.

Advertisement

Saya harus akur dengan ketentuan. Tidak sedikit pun terlintas di hati saya untuk tidak mensyukuri nikmat-Nya. Namun saya kadang kala menjadi “sesak nafas”, satu sindrom akibat perangai dan perbuatan orang dalam politik. Gila!

Tetapi  dalam politik  semua boleh berlaku, jarang pula apa yang kita mimpi di luar menjadi kenyatan, jika apa yang kita mimpi di luar politik menjadi kenyataan, ia sesuatu yang luar biasa.(heheheh)

Kadang kala saya resah melihat gelagat mereka, kadang kala saya bersyukur bila melihat ada yang benar-benar ikhlas berjuang, tenang bila saya merasai keikhlasan mereka. Kadang kala saya merasakan keikhlasan itu lebih banyak lahir dari mereka yang bukan muslim, yang tentunya teruji dengan pelbagai dugaan dan tawaran tapi tetap teguh dengan pendirian dan idelogi yang mereka rasakan jauh mengatasi segala-galanya.

Saya juga perlu nyatakan dengan tegas bahawa politik yang kita impikan perlu bermula dengan kita. Siapa yang asyik menunding jari kepada orang lain, perlu seketika melihat wajah dalam cermin dan katakan “perubahan bermula dengan aku”

Saya kagum dengan lagu nyayian MJ, seingat saya tak banyak lagu Mj yang saya gemar, tetapi kagum dengan bait-bait indah “Man in The Mirror”:
I’m Starting With The Man In
The Mirror
I’m Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change)
(Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah)

Justeru, saya rendah hati menyedari bahawa perubahan yang saya sering mimpi dan impikan perlu bermula dengan diri sendiri. Saya berdoa agar terus diberikan kekuatan dan ketabahan dan istiqamah dalam perjuangan. Saya dengan tegas mengajar diri saya supaya tidak menerima apa-apa  “pemberian”. Alhamdulillah.

Saya juga tidak lupa, bahawa segala-gala ketentuan adalah hak Allah, maka dengan itu hubungan dengan Allah tidak harus menjadi “hal-hal lain”

Pun begitu, saya gemar dengan dunia ini, kerana saya benar-benar berada dalam politik. Saya jadi lebih jelek bila ada ada politik bukan dalam dunia politik!

Dari egm hinggalah mesyuarat khas, pas masih lagi retak. Biarpun ramai yang mengatakan Bahawa tok guru tidak mungkin sanggup berbuat demikian melainkan Ada tangan-tangan yang kotor dibelakangnya. Entahla. Saya tidak berani untuk komen. Mungkin pembaca boleh ke blog nik abduh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Persoalan yang timbul di benak pemikiran saya adalah ke mana hilangnya tarbiyah yang pas sering laungkan dahulu. Sudah kemana pas buang kitab maza yaq ni yang menjadi antara kitab asas rujukan pas. Kemana pula tok guru Hadi buang fiqh Harakah yang beliau sendiri karang? Atau perlu sahaja Kami ambil segala buku yang mengajar Kami tentang Adab dalam jamaah Dan buang ke dalam laut? Lantaran sikap meraka yang kini amat mengecewakan.
Baik tgna atau tghh, ke dua2nya adalah tokoh. Dan sebagai tokoh, mereka seharusnya lebih tahu di mana adab, di mana ruang muzakarah…atau mereka masih perlu diingatkan oleh Kami yang junior untuk membuka semula maza yaq ni untuk mengajarkan mereka tentang adab berjamaah? Jangan sampai golongan tariqat, Syiah bertepuk tangan melihat dua tokoh sunnah ini bercakaran sesama sendiri… Untuk pejuang sunnah kenapa pula mendiamkan diri? Kenapa tidak galak menasihatkan dua tokoh ini agar bersatu seperti anda galak menyuruh mereka bersatu dengan umno? Mereka berdua kan saudara se-Islam juga? Atau anda sedang membilang hari menunggu kehancuran jemmah yang membawa islah ini Dan bersorak bersama umno dengan habuan yang mengeyangkan?

Abuhasif Sedang berdoa agar di selamatkan pas dari pepecahan. Amin

Semalam tok guru nik aziz menyinga sekali lagi. Kali ini ngauman tok guru kedengaran ke seluruh alam buana. Soalnya kenapa tokguru perlu sehingga mencadangkan egm untuk menyingkirkan tuan guru hadi awang dan kumpulan yang pro unity goverment. Apakah tok guru benar2 ingin melihat pepecahan dalam pas seperti yang pernah di alami sebelum ini?
Pas perkukan reformasi. Itu betul. Namun tidak sampailah hingga perlu berpecah belah. Egm yg bakal diadakan seakan2 sekadar untuk mempersendakan tok guru hadi awang pula. Ini menunjukan pas sedang mengikut trend semasa. Ketika zaman dato Asri, pas mengalami pepecahan yang bukan kepalang. Dalam muktamar, dato Asri ditempelak oleh dewan pemuda ketika itu dengan teriakan marakbar Asri(pergi jahanam Asri) satu slogan yang ditiru Dari Iran yang sedang mengalami revolusi ketika itu.
Adakah Kali ini pemuda yang kelihatannya cenderung dengan tok guru hadi Akan sekali lagi berteriak sedemikian.

Mari kita lihat dua dasar ini….

One Malaysia OR One Australia ?????

Ulasan situasi politik di Perak

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata. Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Apakah jawapan kepada semua masalah ini?

Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!

Politik! Mungkin ramai yang akan mencebik bibir mendengar istilah ini. Politik seolah-olah penuh dengan penipuan, tikam menikam, dengan kata lain politik adalah lambang kekotoran yang membusukkan!

 

Saya tidak pandai memberi pandangan politik kerana saya bukan orang politik. Saya juga kurang mengerti hal ehwal sepak terajang politik. Namun timbul juga pertanyaan -perlukah kita begitu perjudis dengan politik sedemikian rupa? Kenapa perlu orang dakwah bersikap apologetic dengan politik? Ironinya sebahagian pihak yang cukup kental membenci politik akhirnya bersikap lebih kurang ahli politik juga…atau lebih buruk dari itu!

 

Hakikat yang pahit tapi perlu ditelan oleh sekelian rakyat Malaysia adalah politik Malaysia belum cukup matang. Kematangan politik belum pun tumbuh tunasnya lagi! Justeru bagaimana orang dakwah akan menanggapi perjuangan politik yang sesukar ini? Menjadi satu kenyataan di hadapan mata setiap insan yang waras, apabila gerakan dakwah terjun bergelumang dalam politik, mereka meraih kemenangan dan kemudian mereka akan dinafikan kemenangan dengan cara yang juga kotor. Sebahagian besarnya dengan rampasan kuasa tentera atas alasan keselamatan. Demikianlah orang dakwah dirai kemenangan dalam pilihanraya!

 

Berbalik pada tajuk, apa yang boleh diharap dengan politik? Tidak adakah walau secebis pengharapan agar politik kita semakin mulia dan diwarnai dengan warna KEBERSIHAN politik? Saya yakin ramai yang begitu mengharap agar politik ini dibersihkan dari sampah kebuasan.

 dscn0703

Saya yakin dan percaya sungguh-sungguh bahawa setiap insan yang bergelar daie tidak boleh terlepas dari melihat politik sebagai satu wasilah untuk mencapai tujuan yang tertinggi agar Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Apalah yang boleh kita lakukan bila melihat ‘rumput kemiskinan” yang semakin menjalar dalam masyarakat Islam khususnya? Setelah berdoa habis-habisan apakah kita akan mampu berbuat sesuatu sedangkan kita sendiri tidak punya apa-apa melainkan sekadar harapan sahaja. Bagaimana kita ingin melihat anak bangsa kita yang di pendalaman berjaya disekolahkan sedangkan jeritan kita tidak kedengaran melainkan kita turun bergelumang untuk membela mereka! Tiada cara lain melainkan kita harus juga menanggapi politik dengan rasional. Tidak melihat sebagai lubuk kekotoran semata-mata tetapi kitalah yang turun ke bawah membersihkannya dengan akhlak yang kita punya!

 

MALAYSIA BARU YANG BERSIH BUKAN HANYA MIMPI!

 

Sanggupkah anda melihat saudara anda kesaorangan?

Melihat gelagah politik Malaysia yang semakin sukar ini membayangkan kepayahan yang dialami oleh Pak Lah.. apa lah yang boleh dilakukan lagi melainkan…

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit “atas sebab-sebab keselamatan mereka”.

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.
(selanjutnya…)

Lihat wajah Anwar ketika membicarakan persoalan EZAM. …

Laman Berikutnya »