Bukan sekali aku memujuk hati dan perasaan melupakan peristiwa itu. Bukan sekali juga aku cuba memberanikan diri untuk kembali ke bumi yang menghadiahkan pelbagai makna. Di situ aku mengenai insan-insan besar dalam hidup. Menelusuri sirah hidup Ustaz Zain yang amat tabah dan mengenali susuk tubuh “kamus berjalan” Ustaz Rasyid amat mempersonakan.
Setahun yang lalu aku memijakkan kaki di bumi yang tenang sebagai seorang pekerja. Tentu sekali aku sedar kekurangan yang aku punya dan kelemahan yang bersimpang pada diri aku. Setahun yang dulu juga aku memilih jalan yang tentu sekali berbeza. Ketika itu ramai teman-teman dan sahabat handai yang tidak bersetuju dengan pilihan aku. Memilih dunia yang terlalu kontra dengan arus perdana. Aku kehilangan sahabat ketika memilih jalan itu. Ustaz Wan Salim pernah seketika bergurau dengan penuh sindirian ketika aku mula bekerja di bumi Mengkuang. Tajam dan terasa kerana yang berkata itu adalah murabbi yang paling aku hormati. Tak kurang juga yang dengan jelas terus menyerang aku dalam mailisting yang aku sendiri adalah ahli mailisiting tersebut. Aku pula dikunci mulut dan tangan agar jangan menjawab! Aku bersyukur ketika itu aku bersabar dan tidak melenting. Aku diam dan terus menyepi di bumi Mengkuang. Aku juga dibuang ke tepi. Dilucutkan jawatan, tidak lagi dijemput menghadiri majlis atau program. Semua aku telah dengan penuh kesabaran. Mujurlah Ustaz Zain begitu memahami. Sekurang-kurangnya aku masih punya kawan ketika itu.
Berkhidmat di Mengkuang tidaklah menarik jika dilihat dari sudut tawaran. Tapi yang menarik adalah pengalaman. Ustaz Rasyid bukan sehari dua aku kenali. Jiran merangkap guru yang paling banyak ku rujuk. Gulai Sembilang di Masjid Tebuk Hj. Musa, Capati Melayu di Pauh Jaya masih ku ingat sebagai santapan paling digemari oleh Ustaz Rasyid selain roti arab cicah kari kambing..huh! Kenangan dengan Ustaz Rasyid bukan sekadar makanan. Rujukan, nasihat dan ingatan amat aku hargai sehingga kini. Kenangan menemani beliau sehingga ke Ipoh berkuliah serta mengutip setiap mutiara ilmu dari perbualan sepanjang perjalanan pergi dan pulang amat aku ingati sehingga hari ini. Ketika menjadi jiran Ustaz Rasyid aku mencuba untuk ikut ke kuliah kerana dua alasan, pertama kerana nak belajar dan ke dua kerana aku risaukan keselamatan beliau yang ketika itu pulang lewat malam. Kadang kala beliau tertidur ketika memandu! Pernah juga aku meminta izin untuk memandu kerana aku lihat beliau terlampau letih. Tambahan pula Zawjah ustaz Rasyid adalah rakan sepejabat ku. Itu membuatkan aku lebih prihatin kerana Kak Huda juga banyak jasa pada aku.
Di Mengkuang juga aku dapat mengenali dengan dekat tubuh Dr. Asri. Mungkin tidak banyak yang boleh dicatat kerana ketika itu beliau sibuk di Perlis. Selain ingatan tentang mee goreng di Cherok To’ Kun yang digilai oleh beliau. Aku dan Ka sering kali mengelarkan mee kembang tengokok. Hari ini, rupa-rupanya sudah setahun aku tinggalkan bumi mengkuang tersebut biarpun apa cerita di sebaliknya.
Semalam setelah setahun Aku tinggalkan bumi mengkuang, Aku gagahi kembali menjejaki denai berliku. Pak long(ayah dr Asri) menyapa Aku serta ramai lagi khalayak iq
Sekurang kurangnya bumi mengkuang menyimpan perasaan yang mendalam. Sebahagian adalah ingatan yang tidak berkesudahan, sebahagian lagi adalah cerita yang ku pendam dalam setiap penjuru bumi mengkuang itu.
November 6, 2009 at 7:12 pm
Saya membaca kisah anda dengan penuh rasa syahdu. Alangkah indahnya jika saya turut bersama-sama mengecapi mutiara tarbiyah daripada ketabahan Ustaz Zain (orang Johor tu,syeikh.. hehe), kekamusan Ustaz Rasyid, dan karisma Dr. Asri, terlebih awal.
Turut tidak ketinggalan juga lontaran perkongsian pengalaman oleh sang penjaga “sekangkang” tanah Mengkuang, yakni Pak Long Bidin.
*** Isteri dalam Bahasa Arab adalah Zawjah.
Contoh ayat: “Saudara Fitri, enta bila nak berZAWJAH?” he he he..
Syah: Sudah di edit…tulis guna HP memang susah..
November 6, 2009 at 7:15 pm
Salam..
sebak ana baca artikel ni…