Kesibukan tugas di pejabat membawa hingga ke rumah menyebabkan blog ini tidak di update dalam jangka masa yang agak panjang.

wu_030Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang tokoh yang sangat besar jasanya iaitu Ustaz Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor atas pengiktirafan khusus beliau sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1430 H peringkat negeri Pulau Pinang. Sememangnya beliau layak menerima pengiktirafan sedemikian atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terkira.

Sebagai seorang pendakwah beliau sentiasa menunjukan ciri-ciri yang sederhana, kalau bicara beliau sentiasa memuji orang lain tanpa merendah-rendahkan orang lain sekalipun beliau bukan calang-calang insan. Sikap inilah yang seharusnya dicontohi oleh semua yang mengaku sebagai pendakwah. Apalah ertinya Ph.D, M.A bergudang-gudang tapi jauh dari akhlak seorang muslim. 

Saya sempat membantu beliau mengangkat barang ke kereta beliau selepas selesai majlis ma’al hijrah. Ketika itu beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau amat sedih ketika bangun subuh pagi tersebut kerana mengenangkan ramai lagi tokoh lain yang sewajarnya mendapat anugerah itu.

Saya sentiasa mendokan semoga Allah memberikan kekuatan kepada al fadhil Ustaz untuk terus berbakti kepad agama ini. amin.