
Ini krisis?
Ya mungkin.
Sudah berapa kali?
Banyak, tapi dia masih belum belajar apa-apa.
Dia sapa?
Ya orang tua yang sudah mula beruban.
Kau ni patut hormat lah dia?
Aku masih hormat tapi sudah semakin hilang pula rasa hormat itu. Isk,
Ini rintih?
Tidaklah.
Habis?
Keluhan!
Tak de jalan keluar ke?
Entahlah…
Dia bukan kau hormat dulu?
Ya…dulu aku hormat padanya kini sudah semakin hilang perlahan-lahan
Cuba kau cerita kenapa kau hilang hormat padanya?
Dia langsung tak hormat pada aku. Dia pikir dia sentiasa betul. Dulu dia “pelekoh” aku cukup-cukup. Dia janji itu dan ini, tapi langsung tak ditunaikan. Dia rasa dia betul selalu, kalau sembang dengan dia dia asyik nak menang je. Dia juga selalu hina guru aku, katanya guru aku tu suka hina sunnah. Yang dia tu p buat bidaah tak kira.
Lagi?
Dia pikir anak muda ni hanya sesuai tolong angkat kerusi, susun meja, sapu sampah. Dia rasa mudah kalau ada anak muda yang mahu dipelekohnya. Dia rasa BESAR KEPALA kalau ada anak muda menyokongnya. Dia tak buat apa pun untuk persatuan yang dipimpinnya. Dia hanya pikir “tembolog” dan “perut dia yang semakin buncit” Dia kena ingat aku simpan seribu rahsia tentang dia. Sebenarnya anak muda yang lain juga seperti aku, mula benci dengan tindak tanduknya yang sudah menggila itu. Cuma mereka kesian kat dia. maklumlah dia bukan ada kerja.
Habis kau tak mau berbaik semula?
Mungkin
Kenapa kau agak dia buat cam tu ha?
Sebab dia sudah mula hilang kepercayaan. Dulu orang-orang tua ada juga menyokongya. Tapi kini sudah ramai yang tahu temberang dia. So dia ingat ada anak muda tu senang la dia.
Tak kan kau tak harap apa-apa lagi dah dari dia?
TAK. Dia boleh buat apa yang dia suka.Bukan aku sorang je yang bertindak macam ni, sebelum aku ada ramai lagi anak muda macam aku. Semuanya lari bukan sebab lain HANYA sebab dia je. Yang lari tu semua berkualiti. Dulu aku tak faham sangat tapi sekarang ni semakin la aku faham kenapa masa aku kecil-kecila dulu abang-abang suka kutuk dia. Lagipun dia tu EGO tinggi.
Ye ke?
Aku mula-mula tak perasan. Tapi bila aku kenal dia, baru aku tau. Betullah apa yang pernah satu orang tua tu bagitau aku, dia tu EGO tinggi menggunung.
Tinggalkan Jawapan