Mungkin agak pelik bila kita mendengar cerita ceriti tentang para pejuang keadilan untuk semua berdegar-degar pidatonya berjuang untuk memberikan keadilan untuk rakyat, memerangi kemiskinan tapi dalam diam dia pula yang menyapu beras yang sepatutnya untuk diagihkan kepada orang miskin! Ibarat kata Rendra lewat puisinya “TAIK KERBAU APA INI?”

Aku masih belum berganjak untuk menyatakan bahawa jawapan untuk melahirkan Malaysia Baru yang lebih  baik terletak pada persiapan untuk membina generasi muda yang berkualiti. Kualiti di sini merangkumi pelbagai demensi sama ada intelektual, rohani, jasmani dan emosi. Anak muda seharusnya dipersiapkan dengan kemahiran yang ampuh untuk berpencak di realiti. Impian inilah yang telah diungkapkan oleh Dr Yusof al Qardhawi sebagai “al-jilu-r-Rabbaniyun ‘I-Multazim” –  generasi rabbani yang komited, generasi baru yang menghayati ciri-ciri keunggulan seperti yang tersenarai dalam  ayat al-Quran berikut:

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. Surah al-Ma’idah : 54.

Anak muda adalah gambaran negara di masa hadapan. Mahu tidak mahu mereka seharusnya kini dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk memperkasakan diri mereka. Namun aku ingin bertanya di mana tempatnya mereka boleh mendapat kedua-dua pekara ini? Ada organisasi yang hanya diwujudkan untuk memberi teori tapi jauh pula dari realiti . Ada organisasi yang hanya pandai berpolitik. Anak muda yang lahir dari lubuk itu gagal diwacanakan minda mereka untuk mendepani cabaran zaman. Ada organisasi yang “tempang”, mereka hanya berjaya menwujudkan generasi muda yang dekat dengan ilmu tapi jauh dari akhlak. Lahir dari sini pemikran yang ekstrem. Mana-mana organisasi yang tidak cocok pemikiran dengan mereka terus dilabel dengan pelbagai label: Sesat, liberal, aqidah tidak selamat, dan pelbagai lagi label yang menjelekkan. Hasilnya wujud apa yang telah disebut oleh Syeikh Muhammad al Ghazali sebagai “umqu t-tajribah wa husnu l-fiqh”-generasi yang kekurangan pengalaman dan kedangkalan ilmu.

Generasi muda seharusnya dicabar mindanya untuk berfikir. Mereka tidak seharusnya sekadar menerima dan menerima pelbagai idea tanpa sebarang analisa yang kritis. Mereka seharusnya berani membuat sesuatu yang baru, tidak takut berdepan dengan kesalahan sendiri kerana itu adalah pelajaran paling berharga. Namun ada juga orang tua yang gagal memahami hasrat anak muda itu, mereka menerima kesalahan anak muda sebagai satu bentuk kesilapan yang tidak seharusnya berlaku. Sedangkan anak muda masih melalui “learning proces”. Natijahnya anak muda akan cepat merajuk dan hilang dari arus perdana. Mereka yang mempunyai kualiti gagal digarap kualitinya lantaran sikap orang tua yang bukan DAI’E tapi QADHI!

Di sinilah kerelevenannya untuk kita kembali kepada petunjuk generasi terbaik: Salafus Soleh. Dalam konteks ini generasi muda harusnya dilengkapi dengan ilmu dakwah, Tarbiyyah, Islah dan Jihad. Keunggulan zaman sahabah yang menjadi teras cita-cita para pendakwah semestinya dikagumi. Kekaguman bukan beerti melihat sejarah semata-mata tapi lebih kepada meneladani sifat dan ciri-ciri unggul itu.