buku


bukuMenarik dan puas! itu komen aku terhadap kandungan buku ini. Sekalipun agak lewat membaca buku ini, namun buku ini amat berharga buat aku kerana aku pernah ke kedai buku semata-mata untuk membaca buku ini tanpa membelinya kerana “kocek ku penuh habuk”. Kali ini aku mampu memiliki buku ini yang telah mencecah Empat puluh ribu naskah jualannya.

ini juga merupakan buku yang ke-4 aku baca mengenai pengalaman di ISA kan..sebelum ini Dua Wajah oleh Syed Hussein Ali, Meniti Lautan Bergelora oleh Said Zahari, Seteguh Tekad oleh Prof. Sidek baba dan buku ini.   

Buku ini menarik kerana yang menulis adalah orang kanan dalam al-Arqam, Zabidi Mohamed bekas Penasihat Undang-undang al Arqam. Jalan cerita dan pelan Abuya dalam berdepan dengan pelbagai situasi diceritakan secara menarik. Sesuatu yang Zabidi lakukan dengan penuh perasaan.

Dalam buku ini juga Zabidi memberikan satu ruang khusus penghormatan kepada Abuya Ashaari yang mendidik dan mengajar beliau. Nyata jasa dan pengorbanan Abuya masih terpahat kukuh di hatinya. Sebagai anak murid tentu sekali pekara tersebut adalah yang paling sukar untuk ditolak. Seburuk manapun guru kita, dia tetap guru…

Advertisements

khir-toyoMembaca perjalanan politik seseorang ahli politik sebenarnya memberikan kita ruang yang adil untuk menilai seseorang. Soal benar atau tidak ungkapan yang dicoretkan dalam buku itu, itu soal lain.

Ketika penulis membaca buku ini, teman aku bertanya “buat apa la baca buku MB yang dah kalah tu?” Aku akur bahawa buku ini lewat di baca. Buku yang dicetak kali kedua ini sebenarnya perlu di baca ketika tahun 2004 kerana mood saat itu lebih kena

Menariknya buku ini, tidak sekadar menceritakan ruang pemikiran yang dipunyai oleh seorang pemimpin muda dalam UMNO, tapi yang lebih menarik Dr Khir tidak malu-malu untuk mengaku bahawa beliau sebenarnya anak kampung yang miskin. Kemiskinan yang dicoretkan oleh beliau tidak sekadar bernafas sengsara tetapi timbul dalam keadaan REAL. Mungkin benar Dr Khir jujur dalam menceritakan kemiskinan ketika zaman remajanya.

Paling menyayat hati, Dr Khir bercerita ketika beliau ke pendaftaran masuk ke UM. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya pergi berbekalkan beberapa helai baju yang diisi dalam beg plastik manakala rakan-rakan yang lainya mempunyai beg pakaian. Beliau juga memakai kasut sekolah kain yang sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna putih. Ini adalah bukti kepada kesusahan yang dialami oleh beliau.

Mungkin juga kerana kesempitan hidup dibalut dengan kemiskinan membuatkan beliau lebih tabah mengharungi kehidupan..Harapnya beliau dapat lebih tabah menghadapi gelombang politik yang memaksa turun dari jawatan Menteri Besar ke Ketua Pembangkang…

Anda tidak harus melepaskan peluang membacanya!

pahlawanindonesiagt913

Alhamdulillah. Sempat juga aku habiskan membaca buku ini. Seharusnya aku perlu berterima kasih kepada DSAI yang sudi membenarkan buku-buku milik beliau dipinjam untuk dibaca. Terima kasih Dato’ Seri.

Penulis buku ini, Anis Matta merupakan pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia. Justeru membaca hasil kerja seorang pemimpin sekurang-kurangnya kita dapat menangkap sebahagian dari pola pemikiranya.

Mencari Pahlawan Indonesia berjaya ditulis secara bersahaja. Dengan tajuk seberat ini beliau mengungkapkan dengan cara yang begitu istimewa sekali. Sebagai lulusan Univerisiti Muhammad Ibnu Su’ud, beliau tidak pernah lupa untuk mencatatkan lembaran-lembaran ayat al-Quran dan hadith.

Buku ini tambah menarik apabila dicoretkan dengan puisi yang menambahkan lagi serinya. Puisi yang dikutip dari Chairil Anwar sehinggalah Ibnu Qayyim ini, kena pada tempatnya.

Pada pandangan saya Bapak Anis Matta jelas mencurahkan pemikiran beliau terhadap masalah yang melanda Indonesia yang perlu segera dicari Sang Pahlawan untuk mengatasi segala kebobrokan yang membobot itu!

Benarlah seperti yang dikata oleh Taufiq Ismail dalam pengantarnya, sedap dibaca, bahasanya terpelihara, puitis di sini sana, pilihan judul mengena, dan disampaikan dengan rendah hati.

Ketika pertama kali saya menatap buku ini adalah ketika sedang berbasa-basi dengan Dr. Juanda Jaya (Bekas Timbalan Mufti Sarawak). Beliau yang bersungguh-sungguh menyuruh saya membaca buku ini. Buka sahaja helaian pertama, sudah cukup mengujakan.Alhamdulillah saya berkesempatan memiliki buku ini setelah dikirim oleh teman saya di Indonesia sebagai hadiah. Terima Kasih Yayan, tak terbalas rasanya jasa anta.

Ukuran: 12.5 x 19 cm
Harga: Rp. 49.900
Halaman: 408 halaman
ISBN: 979-1238-81-6
Terbit: Mei 2008

Buku ini mengisahkan mengenai Ibnu Saud yang memerintah Arab Saudi. Kepada yang kerjanya “label-melabel” elok juga menelusuri sejarah hidup Ibnu Saud melalui buku ini. Benarlah seperti apa yang diukirkan di kulit buku ini sebagai “bersumber dari tangan pertama” ini cukup mengejutkan. Terdapat pelbagai pendedahan yang tidak pernah saya dengar ataupun baca melainkan buku ini menceritakan semuanya mengenai Ibnu Saud.

Kisah pengkhianatan yang dialami Ibnu Saud dan kekejaman beliau menyebabkan saya beberapa kali berhenti membaca untuk mengulang semula ayat tersebut.

Kesimpulan: Anda Harus Membacanya!

Buku ini sudah lama ku baca, setelah diperkenalkan oleh abunaeim. Kupasan Ustaz Azizi terhadap persoalan rakyat amat memukau. Dari novel Seorang Tua Di Kaki Gunung sehingga Harga Sebuah Maruah memang memikat.

Novel ini yang berlatar Kerpan sebuah daerah di Negeri Kedah yang amat mendamaikan. Kisah tentang sebuah keluarga 2 beranak..seorang ibu tua dan seorang anak kurang cerdik yang tiba-tiba bertindak lebih cerdik dari orang kampung yang lain. Kecintaan keluarga ini kepada tanah bendang yang mereka miliki amat menarik. Mereka berdua berhemapas pulas membela hak mereka terhadap tanah yang mereka miliki yang mahu dirampas untuk dijadikan kolam udang. Novel ini telah diangkat dalam Syembara Novel 50 Tahun DBP di tempat ke dua.

Nah! baca sendiri ya. Pasti lebih menarik!

 

Judul: Harga Sebuah Maruah

Harga: RM 25.00

Penulis: Hj Azizi b. Abdullah

Terbitan: DBP

 

   
   

Aku bukanlah antara orang yang gemar membaca dulu. Dulu lah. Lebih baik tengok TV kan lagi best. Tapi bila ke sekolah asrama aku mula jatuh cinta dengan perpustakaan yang besar. Sungguh dengan perpustakaan! bukan dengan pengawasnya! Aku mula belajar membaca. Malah ketika tingkatan 5 aku sering outing semata-mata untuk ke Popular membaca buku Dr Yusuf al Qardhawi. Aku habiskan membaca buku tersebut dalam masa sebulan. Aku tidak beli buku tu sebab harganya mahal. Bila tamat SPM aku bekerja dan dengan gaji pertama aku beli buku tersebut. Bila aku terjerumus dalam aktiviti dakwah, antara budaya yang berjaya Angkatan bina ialah budaya ilmunya yang amat segar bugar. Setiap minggu ada sahaja bacaan baru yang mesti di baca. kata Dr Asyraf Wajidi kita mesti beli buku, then minat membaca akan timbul. Aku dapat rasakan kekuatan tarbiyyah kesan langsung dari naqibku yang juga suka membaca buku. Opss panjang pula pasal hobi membaca. Buku yang ku baca ini bertajuk seperti di bawah ini:

 

Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam
Penulis: Kassim Ahmad
Penerbit: ZI Publications Sdn Bhd
Tahun: 2008
Halaman: 243
Harga: RM35.00

 

 

 

Sebuah buku yang membongkar selok belok kehidupan seorang insan penuh kotroversi satu masa dahulu, Kassim Ahmad. Beliau dengan tabah menceritakan pengalaman sejak kecil hingga besar dalam menempuh kehidupannya yang berliku. Buku ini sempat aku habiskan sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Penang. Pada yang meminati buku gerne biografi maka buku ini tidak harus anda lepaskan. Kassim Ahmad dalam buku ini tidak sekadar menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya malah mencabar minda pembaca dalam beberapa bab. Selain itu beliau  juga sibuk bercerita tentang pengalamannya menjadi seorang sosialis di UK sehinggalah beliau bertemu dengan “Islamnya”.

Kesimpulan akhir buku ini adalah Kassim Ahmad sekadar menemui sebatang jalan yang pada pandangannya Islam…namun agak dikesali tidak terdapat satu ayat pun yang menyatakan beliau bersalah bila mengarang buku “Hadis Satu Penilaian Semula”.

Semalam aku memanjakan diri sendiri. Kebiasaanya aku akan ke kedai buku yang membolehkan aku melepak sambil membaca buku..tentu sekali borders sahaja yang menghidangkan “tontonan” buku kepada insan “poket kurang berisi” seperti aku. Tambahan Borders sahaja yang hampir dengan rumahku. seharian aku berjalan-jalan di ruang legar Borders. Seketika melayan perasaan membaca buku puisi A. Samad Said-Sempat aku merakam perasaan membaca puisi “Suara Dari Dinding Madrasah” yang cukup bermakna.
Tak Lama kemudian aku turun ke Popular untuk menjamah apa pula bahan yang boleh aku belek dan renung di sana. Aku sebetulnya kurang bekenan dengan cara Popular yang suka membalut buku, ini menyebabkan aku terpaksa membeli untuk mengetahui isi buku tersebut. Tiba-tiba aku temui sebuah buku bertajuk “Dari Beirut Ke Jerusalem” karya Dr. Ang Swee Chai. Dr Ang merupakan anak kelahiran Air Hitam, Pulau Pinang yang kini bertugas di Hospital St Bartholomew, London. Sebetulnya aku hanya sekadar mahu “menonton buku” (meminjam istilah yang digunakan oleh Fathi Aris Omar dalam buku beliau Patah Balek). Tapi jiwa aku benar-benar memaksa untuk aku memilikinya. Lalu aku beranikan diri untuk membelinya atas beberapa sebab:
1. Aku suka membaca buku jenis ini
2. Aku Perlu tahu pengalaman Dr Ang menjelajah dunia Beirut dan Peristiwa Shabra Shatila
3. Lanjutan dari bebeapa buku sebelum ini yang aku baca: Hamas: Daripada Underground ke Parti Pemerintah,Kembara Ke Beirut yang kedua-duanya karya Ustaz Mazlee Malik dan sebuah buku agak lama tapi masih segar Ku Warnakan Salji Hitam Kerana Aku Takut Pada Hari-Hari Mendatang terbitan MSRI (boleh dilawati di http://msri.org.my/). Mungkin untuk melengkapkan pembacaan aku, maka buku ini menjadi bahan bacaan penting untuk isu Palestine.
Seperti biasa buku begini akan membawa kita bersama ke alam yang di alami oleh penulis. Kisah suka duka dan susah gembira akan dipaparkan, seketika kita akan melayan perasaan, seketika kita akan rasa seperti mahu memikul senjata ke medan perang!
Sabra Shatila adalah peristiwa yang menyayat hari. Kepada semua pencinta keamanan anda perlu membaca buku ini!