Saya harus akur dengan ketentuan. Tidak sedikit pun terlintas di hati saya untuk tidak mensyukuri nikmat-Nya. Namun saya kadang kala menjadi “sesak nafas”, satu sindrom akibat perangai dan perbuatan orang dalam politik. Gila!
Tetapi dalam politik semua boleh berlaku, jarang pula apa yang kita mimpi di luar menjadi kenyatan, jika apa yang kita mimpi di luar politik menjadi kenyataan, ia sesuatu yang luar biasa.(heheheh)
Kadang kala saya resah melihat gelagat mereka, kadang kala saya bersyukur bila melihat ada yang benar-benar ikhlas berjuang, tenang bila saya merasai keikhlasan mereka. Kadang kala saya merasakan keikhlasan itu lebih banyak lahir dari mereka yang bukan muslim, yang tentunya teruji dengan pelbagai dugaan dan tawaran tapi tetap teguh dengan pendirian dan idelogi yang mereka rasakan jauh mengatasi segala-galanya.
Saya juga perlu nyatakan dengan tegas bahawa politik yang kita impikan perlu bermula dengan kita. Siapa yang asyik menunding jari kepada orang lain, perlu seketika melihat wajah dalam cermin dan katakan “perubahan bermula dengan aku”
Saya kagum dengan lagu nyayian MJ, seingat saya tak banyak lagu Mj yang saya gemar, tetapi kagum dengan bait-bait indah “Man in The Mirror”:
I’m Starting With The Man In
The Mirror
I’m Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change)
(Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah)
Justeru, saya rendah hati menyedari bahawa perubahan yang saya sering mimpi dan impikan perlu bermula dengan diri sendiri. Saya berdoa agar terus diberikan kekuatan dan ketabahan dan istiqamah dalam perjuangan. Saya dengan tegas mengajar diri saya supaya tidak menerima apa-apa “pemberian”. Alhamdulillah.
Saya juga tidak lupa, bahawa segala-gala ketentuan adalah hak Allah, maka dengan itu hubungan dengan Allah tidak harus menjadi “hal-hal lain”
Pun begitu, saya gemar dengan dunia ini, kerana saya benar-benar berada dalam politik. Saya jadi lebih jelek bila ada ada politik bukan dalam dunia politik!
Tinggalkan Jawapan