Mungkin sesuatu yang sakit jika cinta yang dilempar tidak berbalas. Tetapi kesakitan paling perit adalah apabila cinta yang sudah di sambut kemudian di dusta pula. Tidak kurang juga ada yang tidak bercinta tetapi buat-buat bercinta, itu lebih parah.
Cinta mungkin persoalan yang sangat general. Sesuatu yang sukar ditafsirkan maknanya. Teringat saya ketika di alam persekolahan, tahun itu filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) datang menggila di Malaysia. Habis sekoyan-koyan anak muda mengilai watak-watak Rangga, Cinta dan tidak kurang pula yang menghafal sajak dalam filem tersebut: termasuklah saya
Belari ke hutan kemudian nyayi ku
Belari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi, sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
Adalah antara bait-bait puisi dalam AADC yang masih saya ingat. Mungkin kerana saya lebih “art” dari teman-teman yang hanya tahu bergelumang dengan minyak hitam dan skru yang memeningkan! Saya pernah bertanya teman-teman (untuk berlaku jujur: mereka semua perempuan) What’s Up With Love? ramai yang datang berfasalfah itu dan ini. tetapi semuanya tidak menyakinkan. Saya sendiri tidak pasti apa maknanya cinta…Jauh sekali untuk mencuba-cuba untuk bercinta.
Lagu-lagu cinta penuh dan sarat dalam minda saya ketika remaja. Dari Sudirman hinggalah ke Ziana Zian yang terkenal dengan sekebun cintanya. Kemudian saya terpukau dengan pelbagai lagu karya M.Nasir yang amat memukau. Tema percintaan masih menjadi asas lagu-lagunya. Saya kagum dengan kerocong Untuk Ana, Tanya Sama Itu Hud Hud, dan paling memberi kesan Di Balik Cermin Mimpi,
DI BALIK CERMIN MIMPI
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi
Tetapi sampai kini persoalan cinta masih saya simpan dalam-dalam. Sehingga kini juga saya gagal memahami persoalan cinta dengan baik. Persoalan yang saya harap akan ditemui jawapan akhirnya. Ketika berjinak-jinak dengan dakwah saya tidak pula melupakan persoalan cinta. Dalam dakwah juga punya banyak versi cerita tentang cinta.
Oktober 21, 2009 at 3:21 pm
wah.. fitri bermadah cinta1
Disember 10, 2009 at 1:54 pm
cinta tu memang pelik…bila dicari ia lari,dihindar ia datang…bila benci jadi sayang…cinta bukan untuk difahami tapi dirasai sendiri…bercintalah kerana cinta itu ANUGERAH ILAHI…