Sepanjang sebulan yang lalu, aku dihujani dengan pelbagai pekara yang menyerabutkan kepala. kadang kala “temperature” aku naik begitu cepat dan tentu ada mangsa-mangsa yang terpaksa menerima habuan untuk itu.

Terus terang aku tidak punya pengalaman panjang dalam menghadapi pilihanraya, tambahan Pilihanraya Kecil yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apatah lagi menjadi Pengurus Calon yang benar-benar mencabar keupayaan aku. Alhamdulillah tempoh sebulan sebelum pilihanraya aku sempat belajar terus dari mereka yang berpengalaman.

Seminggu sebelum pilihanraya aku diminta untuk “bekerja” terus di bawah YB Saifuddin Nasution selaku Pengarah Pilihanraya. Berteduh sementara di bawah ketinggian ilmu YB Saifuddin amat mengujakan. Sebahagian besar dari pengalaman “berlatih” dengan beliau membuatkan aku benar-benar terasa matang.

48 jam terakhir dalam pilihanraya merupakan tempoh paling menyesakan nafas. Daalm masa inilah keupayaan jentera benar-benar akan teruji. Sebahagian besar jentera akan mula merasa “kepanasan” di tambah dengan tekanan dari setiap penjuru. Mujurlah “team Calon” yang ada memahami saat genting itu.

12 jam terakhir pula membawa aku kepada resah yang amat. Masakan tidak? laporan “turnout” yang aku terima begitu mengejutkan. Dalam hati tentu sekali pihak lawan tidak membenarkan ahlinya mengundi. Ada di kalangan teman-teman media mengusik aku dengan mengatakan senyum aku senyum kelat. Masakan tidak? Sudah pukul 12 tengahari peratusan mengundi begitu mengecewakan. Sehingga jam 5.15 petang peratus menunjukan 46.15 %, satu angka yang terendah dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Berita Gembira

Berita gembira mula aku terima ketika sedang menikmati hidangan petang di depan bangunan UMNO Permatang Pauh. Teman media dari utusan menghubungi aku dengan menyatakan calon PKR sedang mendahului dengan 3000 undi. Keputusan seterusnya aku terima dari saluran JDM dan keputusan keseluruhannya aku terima dari teman media The Star.

Kemenangan ini begitu bermakna, segala penat lelah sebulan berhempus pulas membuatkan aku begitu terasa kenikmatannya. Sebahagian kegembiraan aku disebabkan melihat wajah-wajah ceraiĀ sahabat yang turut bertungkus lumus bersama mengendalikan Team Calon…Penghargaan khusus perlu diberikan kepada teman media yang juga tidak tidur malam dalam berdepan dengan tugasan mereka..

Ku Sujud Syukur Pada-Mu!

Pilihanraya umpama satu peperangan, lazimnya dalam peperangan tidak ada seorang pun tentera akan dibunuh oleh General-nya. Tetapi General akan membunuh tentera selepas menang dalam peperangan tersebut.

Advertisement