Aku akan ke dunia baru..yang aku sendiri tidak pernah mengimpikannya, jauh sekali bercita-cita, namun putaran roda kehidupan kadang kala memusingkan kita ke tempat yang tidak pernah kita mimpikan.
Kepada sahabat-sahabatku, aku masih seperti dahulu! Anak kampung dari ulu!
Setinggi harapan rakyat!
Disember 22, 2008 at 11:28 am
salam…. selamat memulakan tugas dan dunia baru yang lebih mencabar….. teruskan perjuangan semoga sentiasa istiqomah…. komen yang satu tu tersalah alamat… hehehhe
Disember 24, 2008 at 10:26 am
assalamualaikum, aku kagum dengan semangatmu anak muda, tak pernah bermuram durja walau hati menangis hiba, kerana engkau diajar oleh taqdir Ilahi, diasuh oleh tarbiah nabawi, jiwamu kental, semangatmu kebal, engkau akan tetap engkau di mata kami, kalaupun di tingkat 52 engkau berdiri gah, di tingkat 3 saja kami menahan langkah, li kulli marhalatin rijaluha, li kulli marhalatin masyakiluha…kita akan bertemu di mana-mana saja ruang buat tetamu…