Ketika mendapat sms dari teman yang menyatakan kesukaran dan tekanan yang dihadapi dalam meneruskan misi profetis (misi kenabiyan), saya tersenyum puas. Saya sedar pekara tersebut akan mereka hadapi. Moga Allah teguhkan antum semua di sana dengan iringan doa tak putus-putus dari ana di sini.
Hakikat sebagai pejuang, adalah cabaran, rintangan, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itu hakikat sebagai pejuang. Sesiapa yang ingin berada di dalam barisan atau bulatan ini, perlu terlebih dahulu menyedari akan tentangan yang bakal mereka hadapi. Kesedaran tersebut bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai satu peringatan bahawa jalan ini telah disirami darah para syuhada!
46. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu Dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada Dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”. sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) Yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana Yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab Yang berat (di Akhirat).
47. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Apa jua Yang Aku harap kamu berikan kepadaKu sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan Yang menjadi upahku Yang sebenar hanyalah dari Allah, dan ia sentiasa memerhati serta menyaksikan tiap-tiap sesuatu”.
48. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) Dengan perkara Yang benar; ia sentiasa mengetahui akan Segala perkara Yang ghaib”. Katakanlah lagi: “Telah datang kebenaran (Al-Quran Yang memberi Segala kebaikan), dan perkara Yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat”.
50. Katakanlah lagi: “Sekiranya Aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika Aku beroleh hidayah petunjuk maka Yang demikian disebabkan apa Yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”.
(Surah Saba: 46-50)
Demikianlah bagaimana Al-Quran memberikan motivasi kepada pendakwah agar terus menerus menyakini akan kebenaran yang di bawa. Sama ada perjuangan ini akan berjaya atau tidak bukanlah ketentuan kita, yang di ingini dalam perjuangan ini adalah keredhaan Allah semata-mata. Kita yang mendakwa daie ini hendaklah menyedari bahawa kita hanya punya dua pilihan dalam hidup: HIDUP MULIA atau MATI SEBAGAI SYUHADA. Semua itu tidak datang bergolek kepada kita. Hendaklah di sedari juga bahawa perjuangan ini memerlukan keikhlasan.
Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya. (Surah an Nisa: 125)
Memetik kata-kata Sang Murabbi, almarhum Ustaz Rahmat Abdullah di Indonesia “Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki militansi, semangat juang yang tak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggal mereka.
Apa artinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa 3 baris kata yang dipahatkan di nisan kita : “Si Fulan lahir tanggal sekian-sekian, wafat tanggal sekian-sekian”.
Justeru buat anak muda yang kental jiwanya tabahlah dalam derita itu! Kemanisan berjuang adalah kepahitan mengharungi liku semalam.
Tinggalkan Jawapan