Adalah amat memilukan apabila saya mendengar khabar bahawa negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya akan menganugerahkan pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, pelakon Bollywood yang amat “berjasa” itu.
Saya pasti kerajaan negeri Melaka perlu memberikan satu penjelasan yang konkrit kepada seluruh warga Malaysia di atas penganugerahan tersebut. Sudah tidak ada lagikah pemimpin tempatan atau ulama dan aktivis masyarakat untuk dianugerahkan pingat yang dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia? Apa pula sumbangan besar Shah Rukh Khan sehingga layak digelar “Dato”, satu panggil yang terhormat dalam budaya dan adat Melayu yang sentiasa menjunjung tinggi sopan santun. Atau kini panel penganugerahan pingat dan bintang-bintang kebesaran negeri sudah berubah trend. Selepas ini habislah semua pelakon Bollywood yang sering kali berpakaian separuh bogel dianugerahkan pingat kebesaran. Maka berdato dan berdatinlah Salman Khan, Amer Khan, Kajol dan ramai lagi pelakon Bollywood selepas ini.
Mungkin sudah tiba masanya pengaugerahan pingat kebesaran ini berdasarkan sistem merit sebagaimana yang diaplikasikan negeri Pulau Pinang. Pemberian pingat kepada pemimpin politik juga perlu dihadkan. Hairan, di saat rakyat Malaysia gembira dengan penganugerahan pingat Dato kepada Ustaz Shamsuri Ahmad seorang tokoh agama yang amat dihormati, kini rakyat Malaysia menerima lagi seorang Dato yang juga berjasa kerana membuatkan anak gadis menangis teresak-esak dek lakonan yang menggelikan.
Tinggalkan Jawapan