Aku mendengar kisah Ezam Md Noor akan menyertai UMNO. Desas desus kuat datang menderu ke telinga, di kedai kopi sudah mula berdegar-degar penganalisa politik tanpa kelulusan beranalisa. ada yang berkata begini, ada yang kata begitu. Ada yang mengatakan krisis ini bermula sejak dulu apabila hubungan Azmin dan Ezam mulai renggang. Persaingan mendapat tempat di hati boss berantakan. Tahu-tahu Ezam rasa kesal dan meningalkan PKR, parti yang diasasnya bersama teman-teman yang lain. Malah bukan Ezam seorang yang meninggalkan PKR, sebelum itu Anuar Tahir yang pernah mejawat jawatan Setiausaha Agung pun turut lompat ke PAS dan diikuti dengan Saifuddin Nasution.
Perihal Azmin dan Ezam sememangnya mahsyur dan ada yang menamakannya sebagai “Krisis SET POL Vs SU Sulit Anwar Ibrahim”. Semenangnya aku juga yakin bukan Anwar Ibrahim seorang yang mengalami krisis sebegitu…
Apa pun aku hanya mahu berteori, kadang-kadang pilihan bukan selalu tepat. Kita rasakan ada seorang yang lebih baik dapat menggatikan satu tempat tapi rupa-rupanya sama saja. Dia pun ada kepentingan! ahhhh Dakwah Mereka Punya Kepentingan!
Untuk Ezam kenanglah perjuangan anda dahulu…susah, payah, keluar masuk penjara masakan kerana “alasan itu” anda bertekad menyertai Parti yang pernah memenj*r*kan anda?
Mei 31, 2008 at 1:58 am
Assalam alaikum Interesting blog