Ramai doktor di muka bumi ini dengan pelbagai kepakaran masing-masing, tetapi sangat sedikit di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itulah ada seorang doctor bernama Abdul Aziz Rantisi. Doktor Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23 Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa. Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital Naser, di kawasan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.
Beliau aktif dalam pelbagai organisasi diantaranya sebagai anggota Komite Islam, Organisasi Kedoktoran Arab di Semenajung Gaza. Menjadi Dekan di Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan mengajar subjek Ilmu Genetik dan Parasit.
Abdul Aziz Rantisi merupakan anak murid kepada Syekh Ahmad Yasin, tokoh spiritual, HAMAS sebuah qiyadah pejuang Palestine yang melawan penjajah Zionis Israel di abad moden ini. Di bawah bimbingan Syekh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi dapat memahami arti kehidupan dan perjuangan untuk meraih kejayaan dan keberuntungan yang sebenarnya, tegar dalam menghadapi cubaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih penting lagi adalah cita-citanya untuk mati syahid.
Beliau pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin dan beberapa pejuang Palestine yang lain dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Untuk merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah, tidak mahu kompromi dengan Zionis Israel, penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam pertama.
Ketika Syekh Ahmad Yasin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 yang dibunuh oleh penjajah Zionis Israel. Maka beliau telah terpilih menggantikan Syeikh Ahmad Yassin untuk mengisi kekosongan kepemimpinan Hamas. Beliau memikulnya dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai pemimpin pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat berhati-hati terhadap wang atau material dan amanah merupakan sebahagian dari hidupnya, sehingga beliau sangat dipercayai oleh pengikut dan pendukungnya.
Ada kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, ertinya bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang diberi amanah apalagi sebagai pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri atau menyelamat diri sendiri.
Syekh Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestine di Syira ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya pada hari Jum’at, 28 September 2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, keadaan dirinya yang sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke poket seluarnya, pengawalnya tidak faham apa maksudnya, setelah tangan pengawalnya dimasukkan ke poket seluar Dr. Abdul Aziz Rantisi nampaklah beberapa wang, Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan wang tersebut kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.
Bahkan sehari sebelum dihentam roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah mengambil wang tabung gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza dan menghitung hutang yang akan dilunasnya. Termasuk beliau memberikan bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”
Pada hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid, Dr. Abdul Aziz Rantisi dihentam bom zionis Israel, Innalillahi wainna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali), QS: Al-Baqarah 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache (helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih rela memilih Apache…”
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.(QS: Ali Imran/3: 169). H.
Sumber:http://www.eramuslim.com/berita/tha/8414182246-mengenang-rantisi-dokter-rindu-syahid.htm
Tinggalkan Jawapan