Semalam aku pergi berjumpa dia di tingkat 52 KOMTAR. Kedatangan yang disambut mesra. Dapat bertemu dari dekat menghadiahkan aku makna hakikat diri.

Dalam kalut berjumpa..rombonganku terserempak dengan satu lagi rombongan. Gaya dan cara sudah ku kenal..dengan kertas kerja yang tebal-tebal dan brosur serta phamplet…ada yang mahu di minta le tu.
Aku sudah beberapa kali diingatkan oleh mahaguruku..belajar jangan mengambil kesempatan! Banyakkan memberi dari meminta-minta. Umat akan susah kalau perangai meminta-minta ada.
Paling tak tahan selepas rombongan ku keluar…kami sempat bersalaman dengan mereka. Lantas mereka bertanya “dah dapat kot no?”
Aku tersenyum sendiri melihat gelagat manusia kebulur!
April 16, 2008 at 1:54 pm
enta orang penang ek…ana pun org penang..leh lah jumpa nanti…knpe enta tak sedia kan c-box…leh lah pengunjung2 bual2 dgn enta
Julai 11, 2008 at 6:12 pm
kertas tebal tebal dan phamplet tidak bermakna meminta saudara. saya kurang enak dengan perkataan tersebut kerana dalamm dunia ini semua ahli perniagaan tidak boleh diadili dengan suatu terma sahaja. tanpa orang perniagaan juga negara tidak akan kukuh serta membantu segenap pelusuk keperluan rakyat dinegara ini.
cuma diingatkan ada suatu sabda yang lebih kurangnya berbunyi… tiga golongan yang awal masuk syurga…dan salah satunya adalah orang berniaga yang jujur. jadi jangan lah kerana segelintir kumpulan habis dirosakkan susu sebelanga
dah dapat dah kot… maknya nya mungkin dah dapat jumpa dah kot…
saya insan lemah sekadar memberi buah cerita. apa eloknya kita ubahkann struktur ayat kehidupan dengan penggunaan kata kata mahmudah sebagai tasbih. bak kata ulama …. yang asas itu pembersihan hati. moga allah ampunkan dosa kita semua dan kembalikan kemakmuran yang melimpah ruah yang pernah kita kecapi amin
Julai 17, 2008 at 6:11 pm
shaykh,ni ea kisah yg enta habaq mai hari tu…? huhu… sadis…