ybshahidan.jpg

 

 

Ini dia bekas Menteri Besar pertama yang bakal jadi blogger

Apa khabar Datuk Seri Shahidan Kassim setelah ‘ menggangur’?.

Sewaktu bersua sejenak dengannya di Hotel Seri Pacific Khamis malam tidak lama selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,bekas Menteri Besar Perlis ini nampak ceria macam tak ada hal.

“I pun dah tak minat jawatan MB ni lagi,” katanya secara bersahaja kepada Agendadaily.

Katanya beliau sedang sibuk buat bersiapan nak bertanding jawatan dalam PERKIM.

“ Ini pun jadilah,” katanya sambil tertawa tentang pemilihan jawatan itu yang nak diadakan (esok) Jumaat.

Jadi apa buat lagi kerana sudah banyak masa terluang sekarang tak jadi Menteri Besar ?

“I nak jadi blogger…tunggu sikit masa lagi siap le laman blog tu,”katanya.

Ini terus mengundang reaksi beberapa orang ahli politik lain yang turut berada dalam coffee house hotel berkenaan.

Wah…blog pasal apa ni..apa yang nak ditulis?

“Nanti you boleh baca semua kisah saya…apa yang terjadi sepanjang sebulan setengah kebelakangan ini,”katanya.

Maksud Shahidan kisah pasal krisis lantikan Menteri Besar Perlis sehingga akhirnya beliau terpelanting dari jawatan itu.

Siapa nak tulis kisah itu dalam blog tu?

“Saya sendirilah…apa ingat saya tak pandai menulis,”katanya selamba.

Menurut Shahidan walaupun kini ahli Dewan Undangan Negeri biasa di kawasan tambun Tulang,ramai lagi rakyat Perlis yang datang mengadu hal masalah mereka dan sebagainya macam dulu.

“Depa dah biasa…saya tetap melayan mereka macam dulu,”katanya.- 28/3/2008

 Sumber:agendadaily