
Ini dia bekas Menteri Besar pertama yang bakal jadi blogger
Apa khabar Datuk Seri Shahidan Kassim setelah ‘ menggangur’?.
Sewaktu bersua sejenak dengannya di Hotel Seri Pacific Khamis malam tidak lama selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,bekas Menteri Besar Perlis ini nampak ceria macam tak ada hal.
“I pun dah tak minat jawatan MB ni lagi,” katanya secara bersahaja kepada Agendadaily.
Katanya beliau sedang sibuk buat bersiapan nak bertanding jawatan dalam PERKIM.
“ Ini pun jadilah,” katanya sambil tertawa tentang pemilihan jawatan itu yang nak diadakan (esok) Jumaat.
Jadi apa buat lagi kerana sudah banyak masa terluang sekarang tak jadi Menteri Besar ?
“I nak jadi blogger…tunggu sikit masa lagi siap le laman blog tu,”katanya.
Ini terus mengundang reaksi beberapa orang ahli politik lain yang turut berada dalam coffee house hotel berkenaan.
Wah…blog pasal apa ni..apa yang nak ditulis?
“Nanti you boleh baca semua kisah saya…apa yang terjadi sepanjang sebulan setengah kebelakangan ini,”katanya.
Maksud Shahidan kisah pasal krisis lantikan Menteri Besar Perlis sehingga akhirnya beliau terpelanting dari jawatan itu.
Siapa nak tulis kisah itu dalam blog tu?
“Saya sendirilah…apa ingat saya tak pandai menulis,”katanya selamba.
Menurut Shahidan walaupun kini ahli Dewan Undangan Negeri biasa di kawasan tambun Tulang,ramai lagi rakyat Perlis yang datang mengadu hal masalah mereka dan sebagainya macam dulu.
“Depa dah biasa…saya tetap melayan mereka macam dulu,”katanya.- 28/3/2008
Sumber:agendadaily
April 3, 2008 at 10:17 am
saya ni peminat setia datuk seri shahidan kassim…. saya ingin tahu perkembangan terkini beliau (kalau boleh) melalui blog ni.. n kalau boleh saya ingin mengetahu laman blog beliau supaya saya dapat mengetahui perkembangan beliau… tq.
April 4, 2008 at 8:13 am
sama cam dato’ seri khir toyo…bagus2..
April 21, 2008 at 8:49 am
Assalamualaikum Dato’ Seri Shahidan.. Saya adalah anak jati Perlis yang sudah lebih 25 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Namun begitu saya tetap menyokong kepimpinan Dato’ Seri sebagai Menteri Besar negeri kelahiran saya. Saya tidak berpeluang beramah mesra dengan Dato’ Seri ketika Dato’ Seri sedang memegang tampuk pemerintahan. Saya amat kagum dengan gaya kepimpinan Dato’ Seri yang senantiasa prihatin terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas. Saban tahun samada ramadhan mahupun syawal program Dato’ Seri amat memuaskan. Itulah jiwa seorang pemimpin yang disayangi oleh seluruh rakyat Perlis. Saya kagum dengan falsafah dan pendekatan pentadbiran Dato’ Seri semasa menerajui negeri Perlis bermula dari agama, politik, ekonomi , sosial hinggalah bidang sukan Dato’Seri tidak jemu-jemu memperkatakan niat ikhlas untuk memajukan negeri. Ibu saya yang kini berumur 79 tahun amat memuji sikap Dato’Seri ketika Dato’ Seri dalam rancangan RTM 60 minit bersama Menteri bila mana Dato’ Seri mempelawa seluruh rakyat bermusyawarah dan sama-sama mencari keredhaan Illahi. Seronok apabila membaca wawancara Dato’ Seri dalam Mingguan Malaysia bertarikh 20 April 2008 . Hingga di sini semoga Dato’ Seri diberi Allah kekuatan iman untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Terima kasih.
Anak Jati Perlis
Putrajaya
April 24, 2008 at 9:12 am
[…] Kalau tak percaya cuba baca salah satu postingnya di sini… […]
April 14, 2009 at 8:24 am
salam ….
shahidan bin kassim toksah buat lawak…
kami rakyat perlis dah tau la cara hang memeringtah.. kami dah meluat.. elok la hang terkeluar dari senarai calon tapi tergedik nak juga calon naik menyampah.. 2 kali dah buat..
tu la pasal dulu tak beringat sekarang baru tau langit tinggi rendah…
dasr pemimpin rasuah…
dan salah guna kuasa siapa lagi kalau ukan shahidan kassim…
Januari 9, 2010 at 1:14 pm
saya menyokong kepimpinan dato sri ,syabas,yang berkepentingan diri yang mengutuk
Januari 9, 2010 at 1:30 pm
hidup ini lah ,buat baik pun salah,orang yang mengutuk kepimpinan tu mesti lah ada kepentingan peribadi yang hasrat mereka tidak tercapai.org2 kampung mcm kami seronok pula bila ada pemimpin mcm dato sriyang mendengar setiap masallah,tak payah tunggu lama.bak kata senang berkomunikasi.tidak terlalu protokol.itu lah menteri yang raayat mau.masallah raayat selesai segera..apa raayat suka dituruti,nak mcmana lagi .bertuah ada satu shahidan kasim.kami berterima kasih banyak2.