Sikap yang ditonjolkan oleh Datuk Azhar Ibrahim selaku Setiausaha UMNO Pulau Pinang yang meminta kerajaan pusat menghentikan projek mega di Pulau Pinang sangat buruk dan dipandang hina oleh rakyat Pulau Pinang. Projek mega yang dimaksudkan ialah:
- pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang
- projek monorel
- Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER)
- Jalan Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR)
- Penang Sentral
- RapidPenang
Beliau menyatakan lagi : “Mereka (Rakyat Pulau Pinang) menolak pembangunan. Oleh itu, biar semua orang sama ada yang menyokong DAP mahupun BN sama-sama berkorban seperti mana yang diperjuangkan orang terdahulu.
‘‘Rakyat yang tidak mahu projek itu, lebih baik kita hentikan. Sekarang kita biar kerajaan baru DAP buat projek, kita sebagai pembangkang pula akan awasi,” katanya.
Sikap bebal ini nyata cuba mengugut rakyat bahawa sebarang kemajuan yang selama ini dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang hanya boleh diberikan oleh UMNO dan BN semata-mata. Ini juga menujukan perilaku sebenar pemimpin UMNO dan BN selama ini yang hanya menanam tebu di tepi bibir.
Tindakan tersebut sebenarnya hanya akan menyebabkan rakyat Pualau Pinang semakin benci dan meluat dengan mereka. Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat! Justeru jangan marah sekiranya rakyat Pulau Pinang sekali lagi tidak memberi mandat kepada mereka dalam pilihanraya akan datang.
Mac 14, 2008 at 6:41 pm
Alkisah song
Setiap individu, persatuan atau parti ada hak-haknya. Tidak boleh dipersoalkan tentang keputusan yang dibuat setelah pemilihan dibuat. Pada pandangan saya ada kebaikan juga sekiranya projek-projek tersebut dihentikan. Sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk memberi subsidi kepada rakyat ( kurangkan harga pengguna dan sebagainya ). Sekiranya diteruskan juga, Cuma rakyat PP sahaja yang akan merasainya. Dan kalau dipandang pada lain sudut pula BN sungguh tidak adil bagi orang-orang melayu. Mengapa? Dah terang lagi bersuluh di Kelantan yang mejoritinya adalah orang melayu beragama islam dipinggirkan kerana diperintah oleh PAS. Bagaimana pula PP yang diperintah oleh DAP disokong oleh PAP mendapat bantuan dari kerajaan BN untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Lagi pun pada pandangan saya PP telah maju, berilah peluang kepada negeri lain pula meneruskan kesinambungan hidup ini. Kita perlu ingat siapa yang meneraju di PP dan siapa yang memonopoli kekayaan PP sekarang ini. TQ kerana sudi membaca.
Mac 16, 2008 at 5:59 am
DATO’ AZHAR BENGONG – A VERY SORE LOSER!
A’kum ….
Saya sbg anak melayu jati pulau pinang memandang tindakan sore loser azhar dan sebahagian dari umno ppinang (bukan semua sokong azhar) sbg satu tindakan yg amat bodoh, memalukan & mengaibkan melayu ppinang. Sepatutnya azhar gentlemam spt koh su khoon. Tindakan membuat resolusi menarik balik kemudahan awan yg disediakan spt bas rapid dsb amat menunjukkan kebodohan azhar sendiri (salah satu kesilapan besar pak lah, pilih calon yg tidak berkewibawaan dan berketrampilan). Azhar dab rakan-rakan umnonya yg kaya raya tidak akan merasa apa-apa dgn ketiadaan pengangkutan awam tetapi bagaimana dgn pengundi-pengundi beliau sendiri yang tak berkerete atau bermotosikal, adalah azhar dan rakan-rakan bodohnya akan membantu mengangkut mereka ini setiap hari!
Apa yg azhar telah buat selama ini untuk meningkatkan taraf hidup melayu pelau pinang selain drp beliau dan kroni-kroni nya spr roslan saidin yg menimbun harta dan membina mahligai untuk diri sendiri. Nikmat DEB tidak dinikmati oleh kebanyakkan melayu ppinang. Saya sbg seorang ahli perniagaan TIDAK PERNAH mendapat sebarang kontar dari tender-tender MPPP dan PDC ynag disertai walaupun beberapa kali mendapat kedudukan teratas. Tender diberi secara tidak telus kpd melayu kroni-kroni umno PP dan cina gerakan & mca shj, ahli perniagaan betul macam kami cuma dapat menelan air liur, yg dapat ialah ahli perniagaan ali-baba umno.
Bg saya pemerintahan gerakan di PP tidak ada bezanya dgn dap! Siapa yg secara sistematik meminggirkan serta menghalau melayu PP – Lim Chong Eu, adakah beliau dari dap???? Apa terjadi kpd melayu tanjung tokong? Apa terjadi kpd penempatan-penempatan melayu di rumah-rumah air (laut) sepanjang persisiran pantai jelutung sedangkan penempatan cina di weld quay masih berdiri teguh dan mendapat taraf kawasan warisan pula!!
Thye ever powerful menantu PM, khairy jamaluddin pernah mengatakan bahawa mereka yg menyertai demonstrasi jalanan di KL sbg BERUK JALANAN dan sekarang azhar, musa dan lain-lain adalah BERUK JALANAN yang lebih besar. Anak-anak muda yang diminta untuk berdemonstrasi di komtar tidak pun tahu apa itu DEB dan Hak Keistimewaan Orang Melayu, cuma seronok mengikut shj. Demonstrasi bermula jam 3ptg, dan jam berapa pula azhar dan beberapa org rakan-rakan besarnya muncul??? Takut kena pancutan water cannon polis ke?????
Melayu, tetap Melayu tapi bukan cara azhar bengong. Beliau sungguh memalukan golongan pendidik kerana beliau bekas pendidik.