Saya tertanya-tanya di mana haramnya demostrasi? Pelbagai pihak telah mengeluarkan pandangan (mungkin juga fatwa) yang cuba mengharamkannya. Pelbagai dalil digunakan, pelbagai hujah dikeluarkan, yang pasti semuanya tidak kukuh untuk mengharamkannya!
Ada satu analogi, bayangkan sebuah rumah di kampung anda terbakar, (itu masalah), dan anda hanya berdiamkan diri sahaja. tidak keluar dan menjerit memberitahu kepada orang kampung rumah terbakar. Sama saja, jika ada penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah yang kronik? anda hanya mampu mendiamkan diri? Oooo pasrah dengan kemungkaran. Baru saya faham!
Untuk semua saya hidangkan demonstrasi di Jarkata, Indonesia anjuran Partai Keadilan Sejahtera. Jika anda kata demostrasi menyebabkan kekacauan, ini buktinya! kekacauan bukan dari peserta demostrasi tetapi dari pihak berkuasa!
Tinggalkan Jawapan