PUTRAJAYA 14 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-12.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 13 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm