Saat pilihanraya sedang rancak dipalu dan dicanang, mungkin juga kerana sudah tidak lama lagi. Saat ini terkenang aku pada perjuang bernama Fadhil Noor. Seorang tokoh yang pada aku benar-benar berani. Anak kelahiran kedah yang dilahirkan pada 12 Mac 1937 ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di sekolah agama, Maktab Mahmud di Kedah.

Pada tahun 1963, Fadzil menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar di Mesir, dan lulus dalam pengajian Undang-undang Syariah.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1967, Fadzil mengajar di Maktab Mahmud dan kemudiannya menjadi pensyarah pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (1973 hingga 1978).

Beliau bagaimanapun, dipecat daripada universiti itu kerana pembabitannya dalam kegiatan politik dengan mewakili PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri, dan Kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 1978.

Bagaimanapun, mahkamah membuat keputusan bahawa pemecatan beliau tidak sah dan berikutan itu, beliau diterima semula bertugas di UTM.

Allahyarham adalah daripada keluarga ulama yang dihormati, salah seorang daripadanya ialah Tuan Guru Haji Idrus Al-Jarumi, yang berasal dari Patani, Thailand. Kerana itulah bakat kepimpinan dan jiwa ulama membekas dalam dirinya. Al Marhum bolehlah disifatkan sebagai sosok besar bangsa Melayu yang masih belum diganti. Perjuangan PAS tampaknya kelihatan sedikit goyah dengan kehilangan beliau. Sehingga kini belum ditemui pengganti. Doaku semoga akan bangkit seribu Fadhil Noor untuk berjuang!