Demam itu makin terasa. Semua pihak sedang bersiap sedia, makin dekat makin banyak yang mahu “dilondehnya”. Demam itu sudah terasa kehangatnya. Semalam ketika aku di kedai makan sudah ada bual-bual kosong tentang pilihanraya. Ada yang kata dia dah tak jadi calon, dia kena tukar p pusat, dia nanti ganti MB, dia tu aku rasa tak lekat langsung. Itu bual-bual biasa. Kalau ke markaz atau bilik gerakan tentu bicaranya sudah mula panas…surat layang sudah tersedia, kereta sapu untuk mengambil pengundi sudah tersedia, silap-silap sudah ada yang bicara siapa nak jadi Pegawai Khas YB bila sudah menang kelak. Apa pun pilihanraya adalah saat yang menarik bagi aku. Kemeriahanya terasa dan aku pasti tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Tapi alangkah baiknya jika selepas pilihanraya kita tidak menjadi musuh selamanya! Kita hanya 14 hari pilihanraya!

Advertisement