25 Januari 2008, pukul 6.00 petang aku sampai di Kompleks Masyarakat Penyayang. Sampai sahaja sudah terpacak beberapa orang penting Masjid Khan Muhammad. Azman, Lokman sudah tiba dengan segak bergaya. Pukul 7 ptg semakin ramai yang datang. ustaz Hisyam, Salim dan Ustaz Rosfan sudah sampai. Selesai solat Maghrib aku turun ke bawah, orang ramai semakin ramai..Progam berjalan pukul 9.00 lebih dan nyata sepanjang program tersebut sehingga pukul 12 malam orang ramai semakin bertambah. Sehingga urusetia terpaksa mengambil kerusi tambahan. Nyata 500 kerusi yang diminta tak mengcukupi.

Pada aku progam ini telah berjaya, jika ada cacat celah itu adalah pekara biasa. Bumi mana tak ditimpa hujan?

Kepada Syabab RajaBee terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Kesungguhan kalian membuatkan aku segan. Sering aku dapat rasakan aku menumpang semangat dengan kalian. Kepada ibnu ahmad, bani, dan Helilintax terima kasih atas kesudiaan datang dalam keadaan yang kurang sihat itu. Semoga Allah sahaja membalas jasa baik kalian.

Buat semua yang menyokong progam ini, terima kasih. al fadhil Ustaz Abd. Rasyid yang sentiasa mengambil perhatian. Perhatian Ustaz membuatkan aku lebih prihatin. Kepada yang hadir terima kasih. kepada yang tak buat apa-apa pun aku nak ucap terima kasih!