Semalam aku memanjakan diri sendiri. Kebiasaanya aku akan ke kedai buku yang membolehkan aku melepak sambil membaca buku..tentu sekali borders sahaja yang menghidangkan “tontonan” buku kepada insan “poket kurang berisi” seperti aku. Tambahan Borders sahaja yang hampir dengan rumahku. seharian aku berjalan-jalan di ruang legar Borders. Seketika melayan perasaan membaca buku puisi A. Samad Said-Sempat aku merakam perasaan membaca puisi “Suara Dari Dinding Madrasah” yang cukup bermakna.
Tak Lama kemudian aku turun ke Popular untuk menjamah apa pula bahan yang boleh aku belek dan renung di sana. Aku sebetulnya kurang bekenan dengan cara Popular yang suka membalut buku, ini menyebabkan aku terpaksa membeli untuk mengetahui isi buku tersebut. Tiba-tiba aku temui sebuah buku bertajuk “Dari Beirut Ke Jerusalem” karya Dr. Ang Swee Chai. Dr Ang merupakan anak kelahiran Air Hitam, Pulau Pinang yang kini bertugas di Hospital St Bartholomew, London. Sebetulnya aku hanya sekadar mahu “menonton buku” (meminjam istilah yang digunakan oleh Fathi Aris Omar dalam buku beliau Patah Balek). Tapi jiwa aku benar-benar memaksa untuk aku memilikinya. Lalu aku beranikan diri untuk membelinya atas beberapa sebab:
1. Aku suka membaca buku jenis ini
2. Aku Perlu tahu pengalaman Dr Ang menjelajah dunia Beirut dan Peristiwa Shabra Shatila
3. Lanjutan dari bebeapa buku sebelum ini yang aku baca: Hamas: Daripada Underground ke Parti Pemerintah,Kembara Ke Beirut yang kedua-duanya karya Ustaz Mazlee Malik dan sebuah buku agak lama tapi masih segar Ku Warnakan Salji Hitam Kerana Aku Takut Pada Hari-Hari Mendatang terbitan MSRI (boleh dilawati di http://msri.org.my/). Mungkin untuk melengkapkan pembacaan aku, maka buku ini menjadi bahan bacaan penting untuk isu Palestine.
Seperti biasa buku begini akan membawa kita bersama ke alam yang di alami oleh penulis. Kisah suka duka dan susah gembira akan dipaparkan, seketika kita akan melayan perasaan, seketika kita akan rasa seperti mahu memikul senjata ke medan perang!
Sabra Shatila adalah peristiwa yang menyayat hari. Kepada semua pencinta keamanan anda perlu membaca buku ini!

Advertisement