
al fadzil Ustaz Suhaimi b. Ramli adalah guru Pendidikan Islamku tika aku di tingkatan 5.
Dia adalah guruku yang paling aku sayangi. Biarpun pernah seketika ditempik dan dimarahi dengannya, namun aku tak pernah menyimpannya di dalam hati. Benar dia seorang murabbi dan muadib. Murabbi kerana dia adalah guruku, muadib kerana mengajar aku makna adab. Sering menasihati diriku supaya senang dengan semua orang dan menghormati orang yang lebih tua. Masih segar dalam mindaku tika dia menjemput aku kerumahnya dan menjamu aku dengan macaroni, ah indahnya tika itu. Ustaz ketahuilah kau guru yang aku sayangi.
Tinggalkan Jawapan