Ramai yang mahu tahu penyebab penutupan al ahkam.net…yang aku sendiri samar untuk memberikan penerangan lanjut mengenai penutupan tersebut. Adakah pentupan itu hanya sementara? atau juga untuk selama-lamanya. Entahlah semuanya terpulang pada tuan rumah. Sebagai tetamu kita hanya pasrah. Namun, andai nanti wujud semula ruang itu masihkah kalian akan tetap seperti dulu? masih mahu marah-marah lagi, masih mahu komplin sana sini, masih mahu berforum cara kurang beradab? entahlah. sebagai tuan rumah kita sendiri tidak mahu keadaan itu berlaku di rumah kita sendiri kan?
Perbualan dengan teman rapat semalam membayangkan sesuatu untuk semua. aku gagal memaksa diri untuk berkongsi harapan untuk itu. Namun kita sebagai tetamu tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Cuma yang pasti jangan sesekali berputus asa. Jika kita bersemangat untuk melihat al-ahkam berpencak semula maka inilah ruang dan masanya memberikan sokongan kepada semua untuk terus berdoa dan berdoa.
aku tinggalkan semua dengan ini…(yang pasti saedun masih dengki lagi..saedun..saedun)

Tinggalkan Jawapan