zain.jpg

Ehsan dari: http://alfiqrah.com/?p=206

Semalam ramai yang cuba komen di ruang blog aku ni. macam-macam jenis komen. aku tak luluskan sebab aku ini tuan rumah…aku ada hak untuk disiplinkan tetamu yang berkunjung di rumah aku. Ibarat kata seorang teman kita jangan biar tetamu jadi tuan rumah!. Apa yang ingin aku kongsi hari ini adalah persoalan semalam. Kalau pun penutupan al-akham hanya dibuat seperti seorang yang amat marah perlu juga semua merenung kembali saat ini. sejauh mana kita sebagai seorang anak murid, rakan, malah mengaku saudara telah memahami gelojak rasa nan resah gelisah itu? kerana itu aku letakkan video youtube lagu “Biarlah Rahsia” untuk tontonan semua. aku nak memaksa semua memahami apa yang cuba aku bawakan. Ia bukan sebuah lagu semata-mata tapi rantaian jiwa yang cuba meluahkan sesuatu..aku bawakan liriknya:

Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Oooooo

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…

Pernahkah kita bermimpi untuk berada di tempat Sifoo? atau kita sekadar boleh menemplak itu dan ini, yang itu tak kena yang ini tak kena, kenapa itu kecil, kenapa itu besar, kenapa tak bubuh kaler hijau, kenapa perlu warna biru! semua dilayan dengan penuh perasaan sebagai tuan rumah bila ada tetamu yang tak tahu malu datang ke rumahnya. Saat itu juga selalu kita lupa bahawa sepanjang 10 tahun mengemudi al Ahkam seorang diri, siapa tahu penat lelahnya, sakit kepala memikirkan kenapa “sever down”dan lebih-lebih lagi melayan perasaan yang tak kunjung padam!

Saat ini semua perlu juga kita bermuhasabah sejauh mana kita semua mengenali hati dan perasaan seseorang. mungkin ada resah yang mahu dikongsi, mungkin ada duka yang mahu dirawat, mungkin ada luka yang mahu dibalut, ada rajuk yang perlu dipujuk, ada marah yang perlu ditenangkan, ada benci yang perlu dimesrakan! aku rasakan apa yang ditulis oleh abunaeim dalam www.alfiqrah.com cukup mempersonakan..hayatilah:

Untuk pengunjung setia al-ahkam bersedia untuk berubah sikap, tentu ada pengajaran disebaliknya walaupun perit untuk mengakuinya….

Akhir sekali buat temanku Arip Aripin( http://life-verses.blogspot.com/ ) jangan bersedih. ruang itu masih ada untukmu!

Advertisement