Mungkin itu persoalan paling panas hari ini. Aku dikejutkan dengan panggilan telefon bertubi-tubi semalam. Maaf kalau ada yang tak terangkat. Ramai yang menghubungi bertanyakan persoalan yang sama…apa jadi dengan Al Ahkam.net? aku sendiri sukar menjelaskannya sekalipun Sifoo Zain adalah teman sepejabat dengan aku. apa yang boleh aku ungkapkan adalah dengan gambar di bawah…. apabila kita masuk ke rumah orang, kita hanya tetamu eloklah kita jadi tetamu sahaja. Jangan pandai-pandai ubah peti ais, buka televisyen, atau terus ke dapur dan membuka periuk belangga orang dan terus makan nasi sedang tuan rumah pun tak makan lagi…eloklah tuan rumah tu halau kita keluar dan terus menutup pintu rumahnya…
Januari 14, 2008
Tinggalkan Jawapan