Perjuangan panjangan kebangkitan Islam telah diwarnai dengan kekuatan seorang pemuda yang bernama Hassan al Banna. sesuai dengan gelarnya sang pembina ini benar-benar membina jiwa anak muda yang berani dan tegas dalam perjuangan Islam. Beliau telah membina jiwa-jiwa muda yang benar-benar tegas dengan perjuangan memartabadkan Islam. Ikhwan Muslimin yang dibinanya telah berjaya menyatukan hati-hati pemuda ini dalam sebuah jamaah. sehingga kematianya ketika beliau berusia lebih kurang 40 tahun berjuta anak muda mengikut beliau. Ketika beliau ditembak mati di hadapan Markaz Syabab Ikhwan, Syed Qutb sedang dirawak di Eropah mendapati loceng gereja dibunyikan manakala jururawat sedang melompat-lompat kegembiraan, apabila ditanya kenapa mereka menjawab Hassan al Banna telah dibunuh! Jadi pada sesiapa yang ingin mencercanya saya ingin bertanya SIAPA ANDA????